Jangan Takut Hantar Anak² Ke Sekolah Pondok


Kenapa saya hantar anak-anak saya ke sekolah pondok? Sejak semalam, anak-anak saya dan anak buah yang belajar di pondok di Indonesia serta Malaysia, kembali bercuti seketika berkumpul di rumah. 

Mereka tidak belajar sistem akademik sekolah menengah biasa. Anak-anak saya dihantar belajar sepenuh masa di pondok/madrasah selepas habis UPSR dengan result yang agak bagus dan bersekolah di sekolah aliran Cina selama 6 tahun serta sekolah agama pada sebelah petang, sebelum ini. 

Saya percaya dan yakin dengan sistem pondok serta saya percaya dengan prinsip kita mengejar akhirat, dunia akan dipermudahkanNya. InshaAllah. 

Apa yang menarik tentang anak-anak belajar di pondok yang bagus? 
  1. Saya tidak risau tentang solat anak-anak ini.
  2. Saya tidak risau tentang anak-anak ini tidak mengaji Al-Quran dan mempelajari kandungan serta mula mengamalkannya. 
  3. Mereka menerima pendidikan dan mengamalkan disiplin-disiplin tertentu. In fact, mereka berkongsi bagaimana hampir setiap hari mereka 'berpeluang' dirotan jika tidak menjaga disiplin yang telah ditetapkan. Saya suka bab ini, ia lebih ketat dari sekolah Cina tempat saya belajar dahulu. Rotan adalah makanan ruji mereka.
  4. Mereka perlu menjaga amalan-amalan dan wirid-wirid tertentu pada waktu-waktu tertentu.
  5. Mereka telah dibiasakan dengan adab-adab tertentu dan khidmat kepada orang lain.
  6. Dan bila mereka pualng bercuti, kita perlu perhatikan aturan disiplin amalan mereka diteruskan. 

Perjalanan yang saya cuba design untuk mereka adalah mereka belajar 7-8 tahun di sekolah pondok sehingga mereka boleh mengajar. InshaAllah.

Dan kemudian mereka akan mengambil peperiksaan SPM atau O-Level/A-Level dengan ada tutor dan usahakan keputusan yang bagus, kemudian mereka boleh menyambung pengajian di mana-mana universiti mengikut pengajian pilihan mereka. Even jika mereka mahu menjadi juruterbang, doktor atau berniaga atau apa-apa sahaja selepas itu, inshaAllah mereka mempunyai asas agama yang baik, yang mudah-mudahan menjadi pegangan mereka dunia akhirat. InshaAllah. 

Jika nak berniaga nanti, mereka boleh baca buku-buku saya atau memohon belajar di kolej keusahawanan, Seed Business College yang saya asaskan, kalau mereka layak. InshaAllah. 

Pengulangan adalah kunci kesempurnaan. Dan apa pun kejayaan, bermula dari disiplin. Kita tidak tahu bagaimana mereka di masa hadapan tetapi mudah-mudahan bila kita salurkan pendidikan hati mereka dengan cinta Allah SWT, cinta Rasul SAW, cinta Al-Quran dan dekati Ulama serta orang-orang soleh, mudah-mudahan ia menjadi asbab keberkatan hidup mereka di dunia dan akhirat. 

Jika kita nak buat rumah sendiri, kita boleh pilih untuk design arkiteknya dan bentuknya. Takkan salah jika kita mahu merancang design hidup kita dan anak-anak kita dengan izinNya bukan? Yang lain kita serahkan kepadaNya. 

Saya berkongsi kerana ada yang bertanya. Bagi yang bertanya, jangan takut anak-anak tidak pergi ke sekolah akademik di sekolah menengah. Ilmu akademik tidak susah nak pick up. InshaAllah. Apatah lagi jika mereka sudah biasa menghafal Al-Quran dan kitab-kitab. 

Oh ya, ramai ibu bapa yang semakin berani menghantar anak-anak belajar di madrasah yang belajar full kitab-kitab agama dan hafal Al-Quran. Saya tahu kerana sejak kami anjurkan Kem Tahfiz Rich Kids Smart Kids ketika musim cuti sekolah 5 tahun lalu, akan ada ibu bapa yang meminta untuk anak-anak mereka belajar sepenuh masa tahfiz di madrasah yang dirusukan kem tersebut di Melaka. 

Doakan anak-anak ini dan anak-anak semua menjadi anak-anak yang soleh. Amin YRA. 
  1. Oh ya, ini bukan bermakna sekolah biasa tidak bagus. Ini cuma nak berkongsi pilihan yang ibu bapa boleh buat mengikut kefahaman anda. 
  2. Ibu bapa perlu bersedia sebab akan ada orang kecam anda kononnya anak anda tiada masa depan. Jangan risau, anda jaga agama Allah, Allah juga akan menjaga anda. 
  3. Kena pilih dan siasat pondok atau madrasash yang anda nak hantar. Buat research dan spend time untuk mengenalpasti siapa guru, sistem dan track record result anak murid mereka. DAn buat istikharah agar Allah SWT pimpin. 
  4. Kena tabah terutamanya ibu-ibu kerana sesetengah produkagak dhaif fasilitinya, makanan kadang-kadang ulam dan telur sahaja. Tidur di tilam nipis atas papan dan tiada aircond. 

No comments

Powered by Blogger.