Jijik! Peniaga Sorok Peralatan Berniaga Dalam Longkang


SHAH ALAM - Jijik! Seorang peniaga bazar ramadhan di Seksyen 18, sanggup meletak peralatan berniaganya di dalam longkang, undang rasa jijik netizen. 

Gambar yang didedahkan oleh Mohd Azizi Amal Ismail itu mendakwa, salah seorang kakitangannya telah dimasukkan ke wad akibat keracunan makanan yang berpunca dari peniaga terbabit. 

"Hati-hati membeli makanan di bazar ramadhan Shah Alam, Seksyen 18. Peralatan niaga disimpan dalam longkang. Kanopi, meja, baldi dan talam dikerumuni tikus-tikus yang berselerakan. Air longkang berbau.

"Malas nak cerita, masak sendiri lagi sedap. Aku marah ni pasal staf aku dah masuk wad akibat keracunan makanan. Tak pasal-pasal aku kena kerja overtime siang malam. Azab." katanya. 

Pendedahan itu mendapat 1,017 shares di laman Facebook, mengundang rasa loya netizen. 

"Aishh! Longkang dahlah kotor, sanggup pula masuk longkang nak simpan barang. Manusia seperti ini tidak pernah bersyukur bila mendapat peluang. Orang lain nak berniaga, dihalau atau diserbu majlis. Ini dah dapat peluang berniaga, tak reti jaga kebersihan barang dan pelanggan," kata Nur Nashafiqah Abdul Wahab. 

Walaupun begitu, ada netizen yang berpendapat mungkin peniaga berkenaan bukanlah peniaga bazar ramadhan. Ini kerana, kebiasaan peniaga bazar meninggalkan peralatan meniaga mereka di tapak bazar dan tidak menggunakan payung. 

Segelintir pula berpendapat, mungkin peniaga terbabit berniaga secara haram. 

Peniaga bazar atau pun sebaliknya, netizen bersetuju bahawa kebersihan tetap perlu diutamakan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.