'Kerana Antivaksin, Bayi Saya Meninggal Dunia'


Asssalamualaikum

Pertama sekali, al-fatihah untuk puteri kesayangku, Nur Hanny Saffiya, yang berusia 59 hari, telah kembali kepada penciptanya pada 21 November 2015. 

Ibu dan ayah, redha dengan ujian ini. Sudah pastinya kehilangan Nur Hanny Saffiya adalah amat menyedihkan. Sekelip mata segalanya berubah. 

Hasil daripada keputusan pemeriksaan mendapati, anak saya dijangkiti batuk kokol-patosis dari antivaksin. Sangat mengejutkan kerana kami tak sempat bawa Hanny untuk mendapatkan vaksin bagi bayi berusia 2 bulan. 

Keadaannya benar-benar tenat, yang paling memilukan, hampir dua minggu saya menjaganya di hospital. Saya terpaksa melihat Hanny dalam keadaan yang amat menyayat hati. 



Dengan batuk yang berpanjangan, sehinggalah Hanny diberi mesin bantuan pernafasan. Akhirnya Hanny pergi jua setelah berjuang selama hampir dua minggu. 

Saya tidak dapat bercerita lagi kerana sebak rasa hati ini bila mengingat kembali. Amat penting vaksin untuk anak. Sedarlah wahai ibu bapa di luar sana, beri anak vaksin dan jangan disebabkan kedegilan anda, anak-anak kami menjadi mangsa. 

Pelbagai penyakit menular sekarang. Jangan ambil mudah sehingga meragut nyawa orang lain. 

Tenanglah sayangku Hanny, tunggu ibu di syurga. - Rohaida Ramli | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.