'Laa... Taska Tak Berdaftar Rupanya'


PUTRAJAYA - Susulan kes penderaan dua bayi di sebuah taska di Presint 15 Putrajaya, siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska The Castle For Kids Child Care Centre tidak pernah berdaftar untuk menjalankan perkhidmatan.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, jabatannya telah mengeluarkan surat peringatan kepada pengusaha berkenaan untuk mendaftarkan taskanya dalam tempoh seminggu, selepas siasatan dilakukan pada Rabu lalu, lapor Harian Metro

"Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, taksa itu tidak akan dibenarkan beroperasi. Bermula 6 Jun ini, taska itu akan diarahkan tutup sementara," katanya. 



Difahamkan, pemilik taska berkenaan telah ditahan dan seorang bekas pekerjanya juga telah ditahan untuk siasatan. Sementara seorang lagi bekas pekerjanya masih dalam usaha dikesan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.