Lagi 4 Rakyat Malaysia Diculik Abu Sayyaf?


PUTRAJAYA - Pihak berkuasa Filipina sengan mengesahkan laporan bahawa empat rakyat Malaysia telah diculik di luar pantai Sabah dan didakwa ke Sulu, pagi Khamis. 

Lapor ABS-CBN, Pengarah Polis Tawi-Tawi, S/Supt. Joselito Salido berkata, sekumpulan suspek yang tidak dikenali didakwa membawa tawanan ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Stesen radio tempatan juga menyatakan bahawa pihak tentera di Mindanao Barat sedang mengesahkan maklumat berkenaan. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut yang diberikan. 

Menurut sumber keselamatan di Sabah berkata, mereka tidak mendengar sebarang kes penculikan yang berlaku, namun akan cuba mengesahkan dakwaan itu dengan sumber di Filipina. 

April lalu, Abu Sayyaf telah menculik empat rakyat Sarawak dari kapal di luar pantai timur, Sabah. Keempat-empat mereka bagaimanapun telah dibebaskan pada minggu lalu selepas wang tebusan dibayar. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.