Lelaki Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik


BANGKOK - Seorang lelaki berusia 24 tahun ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam biliknya, di kediamannya di Samut Prakarn. 

Mangsa, Udon Thani, 24, ditemui mati dengan headphone masih berada di kepalanya yang disambungkan pada komputer.


Hasil siasatan awal, polis mempercayai bahawa mangsa mengalami renjatan elektrik yang menjadi punca kematiannya itu. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa mungkin sudah meninggal selama dua hari.

Menurut teman wanitanya, Hormmali, kali terakhir mereka berhubung melalui 'chat' di Facebook, Jumaat lalu. Tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik. 

Bagaimanapun, Hormmali hairan apabila Udon langsung tidak menghubunginya selepas beberapa hari lalu mengambil keputusan untuk pergi ke kediaman teman lelakinya yang tinggal berseorangan itu. 

Setibanya di rumah Udon, Hormmali cuba membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua, namun gagal kerana ia terkunci dari dalam. Tetapi terhidu bau busuk yang datang dari dalam rumah tersebut. Bimbang kejadian buruk berlaku, Hormmali meminta bantuan dari pengawal keselamatan pangsapuri tersebut. 


Pihak pengawal keselamatan terpaksa memanjat tingkap rumah teman lelakinya dan terkejut apabila mendapati Udon telah meninggal dunia. 

Mayat mangsa dihantar ke hospital dan akan dibedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.