'Main Duduk Je, Ini Mesti Budak Kampung, Tengoklah Pakaian Dia...'


SS2 Pelita super padat malam ini. Saya tak dapat cari meja kosong, jadi saya bertanya pada sekumpulan remaja lelaki (budak kolej rasanya) sama ada boleh berkongsi meja yang panjang itu dengan mereka. 

Mereka pandang saya dari atas ke bawah beberapa kali dan tidak menjawab pertanyaan saya. Lalu saya menganggap mereka tidak kisah, saya pun terus duduk di situ. 

Untuk pengetahuan, saya berpakaian agak biasa pada malam itu. Saya pakai t-shirt Sports Toto, t-shirt bowling yang ditaja oleh Berjaya Group untuk team bowling saya. 

Sedang saya sibuk dengan hal sendiri, terdengar perbualan sekumpulan remaja itu dalam bahasa kantonis. 

Remaja 1: "Celaka mamat ini. Tak reti ke nak tunggu meja kosong? Duduk macam itu saja," 

Remaja 2: "Kau terkejut? Tengoklah apa yang dia pakai pun tahulah. "Ahmad" driver atau dispacth je. mana ada nak peduli orang suka ke tidak. Diorang masih berfikiran kampung, boleh duduk di mana-mana saja." 

Mereka ketawa beramai-ramai. 

Remaja 2: "Mungkin pendapatan dia RM800 sebulan dan perlu menyara 4 orang anaknya. Pergi ke mana-mana dengan motosikal, buat stunt sebab satu keluarga perlu duduk di satu motosikal." katanya. 

Kemudian mereka menyambung kembali perbualan dalam bahasa inggeris mengenai assignments kolej. Bila didengar dengan teliti, mereka belajar marketing communications. 

Jadi, sebelum saya beredar, saya berdiri dan mencuit bahu remaja no. 2 tadi dan berkata kepada mereka semua:

"Saya bukanlah seperti yang anda sangkakan. Saya tidak bekerja sebagai dispatch. Saya ada kereta, dan kereta saya sedang dicuci di sana. Ya, saya faham bahasa kantonis,"

Saya keluarkan tiga name card dan letak di depan mereka. 

"Saya Ketua A&P di sebuah bank, saya juga mengetuai pasukan orang muda seperti anda, yang bercita-cita untuk menjadi seperti ketua mereka dari segi pengetahuan, pengalaman dan mempunyai pendapatan yang baik. Malah, ini (letak RM10 di atas meja), biar saya bayar untuk minuman anda bertiga." 


Saya terus beredar, lega rasa diri. - Joe Najib | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.