Muhammad Ali Meninggal Dunia


LOS ANGELES - Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Phoenix, Arizona, hari ini (Jumaat, waktu tempatan). 

Lapor Harian Metro, selepas menderita penyakit parkinson selama 32 tahun, Muhammad Ali meninggal pada usia 74 tahun. 

Difahamkan, Muhammad Ali sebelum itu menerima rawatan di hospital tersebut semenjak beberapa hari yang lalu kerana masalah penafasan dan batuk yang berterusan.


Juara tinju World Heavyweight Champion itu, dikatakan menghadapi kesukaran bernafas sejak Khamis lalu. 

Ahli keluarganya juga telah mula membuat persiapan sejurus dimaklumkan oleh doktor bahawa Muhammad Ali mungkin hanya akan bertahan dalam beberapa jam sahaja. 

Kata-kata Muhammad Ali yang masih diingat sehingga ke hari ini, ''float like a butterfly, sting like a bee'. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.