Mustahil Ada 2 Penerbangan Didaftarkan Pada No Sama AK8715


Mula-mula aku malaslah nak layan ceritai ni. Ini hanyalah cerita halusinasi seorang agamawan dalam laman sosial sahaja.

Tetapi bila aku baca komen-komen mempertahankan Kak Halusinasi ini oleh para pengikut maya beliau, sampai ke tahap mengkafir dan menghina Zaril Abu Zainal dan keluarganya, aku rasa sebagai kawan rapat dan business partnernya wajib mempertahankan mereka! 

Gambar Pertama

Tak salah kalau nak tersilap menyangka keluarga ini orang putih. Mata Zaril yang berwarna coklat inilah yang telah memikat hati Haiza, isterinya dulu. Tambahan, orang Kampung Pokok Mangga, Melaka ini memang bertutur dalam bahasa inggeris dengan anak isteri. 


Gambar Kedua

Kak Halusinasi ini telah mengiakan kejadian berlaku dalam penerbangan KA8715 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dalam komen. Bagaimanapun telah didelete oleh beliau. 

Tetapi bila aku tengok Boarding Pass yang ditunjukkan oleh Zaril, mahu saja aku maki dia sebab ingatkan dia yang perasan Mat Salleh sebab waktu ketibaan dalam boarding pass Zaril itu berbeza dengan waktu ketibaan yang Kak Halusinasi dakwa iaitu jam 1..36 malam (Sila rujuk gambar 3 dan 4). 


Tetapi, rupa-rupanya pada malam itu pesawat AK8715 dimaklumkan delayed dan sampai ke KLIA pada jam 11.35 malam (sila rujuk gambar 5). 


Gambar Keenam dan Ketujuh.

Pramugari dan penumpang lain yang aware dengan kejadian ini telah tampil mengesahkan mereka berada dalam penerbangan yang sama dan bercakap tentang orang yang sama. 

Takkanlah dalam pesawat Kak Halusinasi ini ada dia, pasangan mat salleh, baby mengamuk saja sampai tiada saksi lain langsung yang tampil menyokong Kak Halusinasi? Yang sokong, semua yang ketagih candu agama hakak dalam Facebook saja. 



Adalah amat mustahil pada waktu yang sama ada dua penerbangan didaftarkan pada nombor penerbangan yang sama (AK8715) dan kedua-dua penerbangan delayed sama-sama, mendarat sama-sama, juga ada seorang anak kecil meraung mengamuk kerana lampu dan bapanya bawa dia pergi ke tandas. 

Cuma yang berbezanya, seorang ditenangkan dengan 'baca-baca' dan terlelap di dada Kak Halusinasi, seorang lagi ditenangkan sendiri oleh ibu bapanya. Mustahil! 

Benar, apa yang ditulis oleh Kak Halusinasi ini memang baik isinya. Aku sendiri teresak-esak membacanya dan tidak sabar mahu mencuba pada anak sendiri. Tetapi apa yang menjadi kesalahan, adalah berdosa besar bila dia menipu dalam berdakwah!.

Yang aku pelik, para pengikutnya turut sama berhalusinasi.

"Eleh, tak kisahlah tipu ke tidak. Yang penting apa yang dikongsikan itu baik dan bermanfaat. Yang salah itu, mak bapa budak itulah. Mesti pakai macam orang kafir sampai Kak Halusinasi Pendakwah Tinggi Ilmu Agama ingat mereka mat salleh. Takbirr!!" 

Ya Syeikh Ya Maulana Ya Akhir, apatah dipandang pada pakaian ala mat salleh? Sedangkan yang berniqab bangga menyampaikan dan mempertahankan dusta atas nama ALlah dan Nabi Muhammad!

Munafiq. Ana masih menunggu 'program' Kak Halusinasi tamat dan menanti bila dia nak 'fight'. - John Lemon | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.