Netizen Puji Drama Lambaian Ramadan, Beri Kesan Mendalam


Berakhirlah sudah drama kekeluargaan 'Lambaian Ramadan' yang dibintangi oleh pelakon utama Adi Putra, Siti Elizad dan Puteri Balqis.

Drama yang mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga orang anaknya. Rumah tangga pasangan ini mula berantakan dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang membuatkan Adam sanggup bermain kayu tiga demi kepentingan perniagaannya. 

Tindakan Adam itu telah menyebabkan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa terabai begitu saja. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin, menghidap penyakit leukimia. Yang akhirnya meninggal dunia ketika mereka sekeluarga sedang menunaikan solat tarawih di rumah. 

Hashtag #lambaianramadan juga kini trending di laman Twitter yang rata-ratanya mengakui menangis dan sedih dengan episod terakhir drama berkenaan. 








Moga lebih banyak lagi drama yang memberi pengajaran seperti ini disiarkan di kaca televisyen. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.