Paha Terkena Serpihan Kaca Ketika Bermain Gelongsor


TORQUAY, ENGLAND - Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian paha akibat terkena serpihan kaca, ketika bermain di taman permainan. 

Demi-Mai, 2, cedera di bahagian paha kaki kanan akibat terkena kaca dari botol yang pecah, dipercayai ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

"Saya benar-benar marah dengan tindakan individu terbabit. Pada awalnya saya mengajar Demi memanjat tali laluan berhalang ini. Di penghujungnya saya membantunya menaiki gelongsor tersebut dan dia meluncur ke bawah seperti biasa.

"Tiba-tiba Demi menangis kesakitan dan saya mendapat paha kaki kanannya berdarah akibat terkena serpihan kaca dari botol yang pecah," katanya yang lalu segera menghantar anaknya ke hospital.

Pemeriksaan doktor mendapati, Demi hanya mengalami luka ringan dan tidak memerlukan sebarang jahitan. 




Menurut Amy, mereka selalu ke taman itu namun tidak pernah berlaku kejadian seperti ini. Namun kali ini, Amy mengesyaki ada individu yang sengaja meletakkan kaca tersebut agar kanak-kanak menjadi mangsanya. 

Individu yang melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu mungkin bersembunyi dari jauh menunggu dan melihat setiap pergerakan kanak-kanak yang bermain di taman itu.

Amy berharap, insiden yang tidak diingini itu memberi kesedaran kepada ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati ketika membawa anak-anak bermainan di taman permainan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.