Para Suami, Layankan Saja Karenah Isteri Buat Persiapan Hari Raya


PUASA KE 7

Bila isteri ajak cari baju raya untuk anak-anak, maknanya dia memang betul-betul fokus nak cari baju raya anak-anak. 

"Abang rasa di mana kita nak beli baju budak-budak tu? Jusco pun banyak, Tesco pun okay. Allah, saya tengok di kedai Ekonomi itu pun banyak baju budak-budak yang cantik, murah pula tu. Ikut abanglah nak pergi ke mana," kata isteri. 

Kau para lelaki, taubat lahum tak ada jawapan tepat untuk tentukan lokasi ini sebab kau memang tak peduli dan tak kisah. Tesco, Jusco, kedai Ekonomi, Sogo, Giant, Parkson, semuanya sama dan tiada beza. Baju raya ini nama saja baju raya, walhal dia cuma beli baju. Jadi beli di mana-mana pun asalkan yang kau beli itu baju dan seluar. Itulah namanya baju raya. 

Tetapi kau kena tenang dan tunjukkan sedikit rasa minat itu. Jawablah dengan firm;

"Abang dah plan nak beli di 'xxxx'. Kawan abang kata, baju budak-budak di situ cantik dan harganya pun okay!" 

Mendengar jawapan itu, isteri pun tersenyum. Soalan kedua pula diajukan. 

"Bila kita boleh pergi?" 

Seterusnya, kau tetapkan tarikh dan pergi ke tempat yang telah dipersetujui itu tadi. Habiskan masa sekurang-kurangnya separuh hari untuk selesaikan beli baju budak-budak. Settle! 

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dalam kereta isteri kau akan ulang balik apa baju seluar anak yang sudah dibeli, pakai untuk hari raya ke berapa dan pergi ke mana. Kau akan dengar dan hanya mengangguk kepala. Jangan cuba nak melawan. 

Kemudian, isteri akan beritahu kau seperti ini;

"Baju budak-budak dah selesai, tinggal nak cari baju raya saya saja lagi dengan tudung. Tahun ini saya nak pakai simple saja. Saya ingat nak cari di 'xxxxx' itu saja. Senang dan banyak pilihan," 

Kau para suami, jangan buat bodoh saja bila isteri kau bercakap tentang beli baju raya dia. Kau kena tanya;

"Emm, bila plan awak nak settlekan baju raya awak itu?"

Mendengar soalan itu, si isteri pasti tersenyum sampai ke telinga. Kemudian dia passing balik bola. 

"Bila abang free? Ahad depan okay? Ahad depanlah ye," 

PUASA KE 15

Pada hari Ahad yang telah ditetapkan, jatuh pada pasa yang ke-15, sekali lagi kau dengan isteri serta anak-anak pergi memberi sokongan untuk beli baju raya isteri.

3 deret bangunan kedai, satu shopping mall dan seround pusing Jalan TAR. Selesai!

Gambar hiasan

Hari Ahad sudah habis. Masa dalam perjalanan pulang, dalam kereta isteri kau akan beritahu;

"Saya dah beli baju kurung, warna xxxx. Sama macam warna baju anak-anak yang kita beli minggu lepas. Tapi tensionlah, tudung yang warna itu, yang jenis saya nak itu, boleh pula tiada. Yang ada semuanya jenis 'xxxx', warna pula tak cantik. Saya tak beli la,: 

Ya tuan-tuan, 3 deret bangunan kedai, 1 shopping mall, seround Jalan TAR, 6 jam masa yang diperlukan, sehelai tudung yang dia mahu itu tidak ada tuan-tuan. 

TIDAK ADA!

Para suami, dalam situasi ini, kau kena berterus terang dan relaks saja menunggu ayat seterusnya dari isteri. 

"Kita tengok kejap di PKNS nanti boleh tak abang? Rasanya di situ ada sebab Kak Yanti hari tu, beli di sana. Haa, bolehlah beli baju raya abang sekali!" 

Masa ini otak kau akan memproses kenyataan isteri kau. Kau adakan cakap dalam hati;

"Kalau dah tahu memang ada PKNS, apa kejadahnya kita datang sini habiskan tenaga tawaf tiga dereta bangunan, 1 shopping mall dan seround Jalan TAR?"

Pastikan persoalan itu wujud dalam hati saja tuan-tuan. Ayat yang mesti isteri tuan -tuan dengar begini;

"Ini dah tak selamat, nak berbuka puasa dah. Kita balik dulu rehat ya. Nanti bila free, kita larilah kejap ke PKNS settlekan tudung awak tu. Saya punya baju raya tak ada hal, apa-apa pun tak apa,"

Isteri kau pun tenang bila dengar kata-kata seperti itu. 

Gambar hiasan

PUASA KE 17

Lusa petang balik kerja, kau pergi ke dapur. MasyaAllah, ada 3-4 beg plastik besar-besar yang di dalam setiap satunya ada 6-7 balang kuih raya pelbagai jenama.

"Banyaknya kuih raya ni??"

Isteri kau pula dengan penuh persediaan di dada akan memberikan penjelasan. Kuih ini dibeli dari akak office, kuih itu dibeli dari kawan-kawan, kuih ini lagi dibeli dari kawan kepada kawan. Kuih itu pula dibeli semasa pergi kedai tengok macam sedap, jadi beli sajalah. 

"Semua sekali RM**, saya dah bayarkan, nanti abang ganti duit saya balik ya?" tambahnya lagi.

Masa ini kau kena senyum. Kau cuba provok dengan soalan;

"Tapi macam banyak saja ni?"

Tuan-tuan, dalam diari kuih hari raya kita, cuma ada tart jem nenas, semperit, almond london dan batang buruk saja kan? Selebihnya kita tak ambil peduli. Tetapi orang perempuan ini, lain. Semua jenis serba maneka kuih pelik-pelik dan up to date mereka mahir tuan-tuan. Jangan pandang rendah hal seperti ini. 

Kita ingat kita sudah hebat sebab kita argue isteri beli kuih raya banyak-banyak? Belum hebat lagi. Isteri kita akan jawab begini;

"Yang itu nak bagi mak, yang itu pula nak bagi kakak. Yang sebelah itu pula nak bagi pada mak long sebab dia suka. Yang ini pula nak bagi pada mak usu. Tak banyaklah bang, nanti abang bayar balik ya? Hehehe!" 

Check mate! Tugas kau hangguk kepala saja. 

PUASA KE 23

Pergi ke PKNS pula. Tudung pun dapat, baju raya kau pun dapat. Which jangan sesekali kau cakap kau nak settlekan baju raya sendiri. Ingat, ini penting sebab the moment kau cakap baju raya kau, kau nak settlekan sendiri, isteri kau akan rasa insecure. Dia sudah plan semuanya in order, warna, tema dan konsep. Alih-alih kau nak settlekan sendiri?

"No way brader" 

Jalan yang paling selamat, kau patuh saja dengan perancangan raya isteri kau dan terimalah nasib baju raya kau seadanya. Mudah saja. 

Okay, sekarang semua sudah selesai. Boleh tarik nafas lega. 

PUASA KE-25 

Selepas habis tarawikh, isteri kau hidangkan air panas. Steady saja dia beritahu kau;

"Bang, kita terlupa satu benda," 

Baru saja nak minum air, terpaksa berhenti sebentar. 

"Lupa apa tu?" 

"Kita lupa beli kerepek kerepek kacang-kacang," katanya. 

Kau rileks, kau minum air dulu. 

"Okay, nanti kita pergi cari," 

PUASA KE-27

Selepas dah settel hal kerepek dan kacang, isteri kau akan kata;

Gambar hiasan

"Raya ini, saya nak masak ini, ini dan ini. Abang belikan semua bahan-bahan ya. Barang basah pun beli semua siap-siap. Nanti raya, kedai tutup, payahnya. Barang basah pun kena beli siap-siap. Nanti raya kedai tutup, payah. Orang datang beraya takkan nak dijamu dengan kuih dengan kerepek sahaja? Kita masaklah mee mihu, benda simple-simple."

Kau pun start enjin kereta, pergi mini market. Simple. 

SEHARI SEBELUM RAYA 

Kau tengah-tengah ready mood nak balik kampung. Isteri di dapur pula proses kuih, kerepek, kemas peti ais semua. 

Bersedia ni, raya ketiga nanti selepas balik kampung nak cerita hal rmah sendiri pula, saudara mara dan kawan-kawan nak datang beraya. 

Tiba-tiba isteri kau berlari ke arah kau dengan cemas!

"Bang, masalah ni!" 

"Masalah apa pula?" mula cemas. 

"Bekas letak kuih kita ada yang 6 compartment saja ni. Tak cukup, macam mana bang? 

Allahu!

Para suami, bertenang dan bersabarlah. Isteri buat semua itu untuk keluarga kita juga. Persediaan yang macam-macam ragam itu untuk menaikkan rasa seronok dan meriahnya hari raya. Kita lelaki, jangan cepat melenting. Rileks dan layankan saja isteri. 

Gambar hiasan

Sebab kita tahu, isteri kita ini, yang beli baju lawa-lawa dengan tudung rare yang punyalah susah nak mampus mencari itu, penyudahnya akan berakhir tayang di dapur. 

Para isterilah yang akan sibuk menyediakan itu ini di dapur, masak itu ini, kemas itu ini, tolong mak, tolong mak mertua (harapnya kau bukan jenis menantu yang sibuk tengok anak merangkak 24 jam dalam bilik ya) demi merealisasikan sambutan hari raya. 

Jadi, raikan mereka. Kita yang lelaki ini, hari raya kita mesti steady layan tetamu bersembang di ruang tamu. Settle. - Fdaus Ahmad | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.