'Pemandu Axia BNJ 3879 Kurang Ajar!' - Mangsa


Tarikh: 25 Jun 2016 (Sabtu)
Masa: 8.55 pagi
Lokasi: Bermula simpang keluar dari Stesen Petronas Seksyen 15. Bandar Baru Bangi sehingga Lebuhraya PLUS arah ke Kuala Lumpur, susur keluar Kajang.

Kejadian: 

Saya dan pemandu saya, Daus, baru sahaja melepasi bulatan Seksyen 15 Niosh Bandar Baru Bangi. Tiba-tiba kereta Axia ini keluar meluru dari stesen Petronas sehingga menyebabkan kami hampir terlanggar. 

Kami lihat, seorang pemandu lelaki yang mukanya iras Melayu tetapi sedang menghisap rokok. 

Mungkin terkejut dengan hon kami yang sebenarnya turut terkejut, tiba-tiba dia memaki dan menunjukkan jari tengah sebelum memecut lajut memotong barisan kereta di bulatan berdekatan Tol Bangi. Kami terus mengikutinya dengan tenang sehingga ke Plaza Tol Bangi. 

Selepas membayar tunai, pemandu ini sekali lagi menunjukan jari tengah. Mungkin dia menyangka kami hendak ke arah Nilai, maka semakin galaklah dia menunjukkan jari tengah. Sebaliknya, kamo terus menuju ke arah yang sama iaitu ke Kuala Lumpur. 

Pemandu gila ini cuba mencelah-celah, namun kami dapat menghampirinya dan merakam gambar. 

Lihatlah gambar-gambar ini dan nilaikan sendiri kegilaan lelaki ini. Kalaulah kamu muslim, maka tiadalah makna 10 hari terakhir ramadhan ini. Saya doakan kamu kembali pulih dari kegilaan kamu ini. Alhamdulillah saya masih mampu menahan sabar. 

Kepada orang Bangi dan sekitarnya, berhati-hatilah dengan kehadiran orang gila ini yang mungkin akan melanggar kereta anda, atau anak isteri anda pula. - Mohamed Maliki | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.