'Pening Dapat Mak Mertua Macam Ni...'


Orang tua selalu berpesan, berkahwin ini bukan sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi berkahwin dengan keluarga dia juga. 

Berkahwin dengan orang yang kau beria cintan cintun siang malam memanglah senang. Tetapi bahagian nak berkahwin pula dengan keluarga dia itu, peh! Aku baru setahun jagung berkahwin, memang banyak benda yang aku belajar tentang keluarga mertua ini. Kalau kau sebelum nikah dah bercinta bertahun-tahun dengan suami kau itu pun, belum tentu kau sudah cukup kenal dengan keluarga dia. Sampailah sah korang bernikah, okay?

Kenapa aku berkata begitu? Aku ini sudah bercinta dengan suami selama 4 tahun sebelum berkahwin. Adalah sikit-sikit yang aku dapat detect. Tetapi 80% aku dapat tahu selepas aku sudah berkahwin. Nak-nak pula aku ini duduk dengan mertua. Terkeluarlah segala-gala perangai pelik tak termasuk dek akal. Ini aku lebih cakap seperti kartun Hagemaru. Boleh buat carta perangai pelik keluarga mertua.

1. WAJIB MINUM PAGI/PETANG

Yang menjadi pelik sebenarnya, bila sesiapa yang lambat masuk ke dapur sampai semua dah habis minum atau terskip sebab tengah buat kerja lain, Father in Law (FIL) akan kerap bertanya kenapa tak masuk dapur minum walaupun masa itu dah jam 12 tengah hari. Aku dah nak mula masak untuk makan tengah hari dah tetapi soalan kenapa tak minum pagi tak habis lagi.

2. BAB KEBERSIHAN 1.0

Mother in Law (MIL) aku ini memang teliti bab membasuh sayur. Kena tengok setiap helaian sayur itu depan belakang. Air garam jangan dilupa. Tetapi yang peliknya, bila basuh ayam, ikan, tak pernah pula dia basuh guna tepung dulu ke apa. Ikan itu pi tonyoh dengan asam jawa dulu ke. Hanyir saja. Sampai kadang-kadang dapur pun berbau hanyir. Berdarah macam itu simpan lama-lama dalam peti ais. Peti ais pun busuk dan keras saja air darah itu di box. Memang kotor. 

Mula-mula kahwin, aku meloya juga nak makan masakan mertua aku ini. Tetapi lama kelamaan terpaksa juga telan. Pernah kadang-kadang aku keluarkan balik semua ikan dan ayam itu untuk dibasuh. Tetapi dia boleh pula kecil hati. Masa tengah prepare bahan masakan pun, aku pernah juga banyak kali nak cuba basuh elok-elok, banyak kali jugalah aku dihalang di tengah-tengah jalan. Jadi sekarang ini aku pun dah malas. Aku buat sajalah gaya dia. Kalau aku masak seorang, baru aku cuci betul-betul segala macam.

3. BAB KEBERSIHAN 2.0 

Selepas dah masak itu pula, tak ada pula nak lap balik dapur yang dah berminyak-minyak itu. Kadang-kadang dia masak untuk lunch, aku balik kerja petang tengok dapur untuk masak dinner pun jadi tak ada selera nak masak. Dah menjadi tuga akulah dengan baju office menonyoh dapur dulu sebelum masuk bilik bersiap untuk maghrib. Sebab nanti aku tak ada selera pula nak masak untuk dinner.

Kalau bulan puasa, lagilah haru. Selalunya aku sampai di rumah pun dah nak maghrib. Semua makanan sudah siap atas meja. Selepas makan, aku dengan suami terus bersiap nak pergi masjid untuk tarawih. Kemas takat basuh pinggan macam itu sajalah, tak sempatlah aku nak menyental dapur kan. Waktu sahur pun tak sempat juga, kadang-kadang nak keluar cepat selepas Subuh, elak jalan jam. Lima hari aku kerja, lima hari itu jugalah dapur berkodak, berminyak. Hari Sabtu barulah dapur itu nampak rupa dapur sikit.

4. BAB KEBERSIHAN 3.0

Belum lagi pinggan mangkuk. Pelik bin musykil betul aku dengan MIL. Dia suri rumah memang tak ada buat apa-apa. Tetapi kes pinggan mangkuk tak berbasuh ini, rekod paling lama tak dibasuh lebih kurang 12 jam. Pinggan dinner semalam sampailah nak dinner balik hari ini, elok tersergam dalam sinki. Sebab masa ini seingat aku, aku tak ada join dinner sebab mabuk.

Patutulah masa aku bercinta dulu, aku selalu pelik kenapa suami aku ni tak ada nak spring cleaning rumah setiap kali nak raya. Kita kalau nak raya, cuci rumah sampai berkilat kalau boleh. Masa itu suami aku cakap, buat apa nak kemas beriya, hari-hari dah kemas macam hari raya. Aku ini pun percaya sajalah sebab ada logik juga sebab MIL aku itu kan suri rumah. 

Selepas kahwin itu barulah aku tahu macam ini rupanya gaya kemas itu. Patutlah pun relaks saja. Suami aku kalau balik kampung aku, dia memang penatlah kena panjat kipas tukar langsir semua itu. Hahaha!

5. RESEPI

Sebenarnya seronok masak dengan orang level mak-mak ini sebab mereka tahu banyak tips. Tambahan aku ini memang suka belajar memasak. MIL aku ini pun cekap memasak. Dia campak-campak saja siap. Dia memang pantang kalau pakai santan, aku pula kaki santan. Kalau masak lomak itu lagi pekat lagilah sedap. Awal-awal dia dah warning aku kalau aku guna santan, dia tak nak rasa langsung makanan itu. Tak elok untuk kesihatan kan? Tinggi kolestrol.

Tetapi setiap masakan mesti letak ajinomoto ini apa cerita? Ajinomoto ada sebalang di dapur, dah sama level dengan bekas garam dah. Segala Cukup Rasa, telurmate, Pasti Sedap semulah ada di rumah itu. Aku dulu zaman bujang, tak pernah beli pun secukup rasa, pasti sedap itu semua. Aji tu belilah juga paket kecil. Tetapi itu pun setahun baru nak habis. Aji ini tak berbahaya ke untuk kesihatan MIL aku ini? Musykil!

6. KAKI HANDPHONE

Dulu-dulu keluarga mertua aku ini, tak ada pun begini. Semenjak 6 bulan ini aku tengok dah jadi teruk sangat dah selepas mereka sign up Facebook. Kadang-kadang kalau mood angin aku datang, ada juga rasa nak campak handphone itu. Mungkin ini agaknya feeling mak bapa tengok anak-anak sekarang mengangkang asyik bermain handphone saja sampai sakit mata.

Paling aku stress semasa kitorang beramai-ramai pergi bercuti di Bandung untuk hari keluarga. Ini kira pertama kali aku bercuti di luar negara dengan keluarga mertua aku sepanjang perkahwinan. Aku ingat tak ada benda yang akan mengejutkan aku sebab aku dah banyak tengok di rumah kan? Tetapi sampai di lapangan terbang, cari Wifi. Dekat sana, kitorang chek in dua hotel berlainan tempat sebab tempat nak pergi jauh-jauh. Sampai setiap hotel, tak habis lagi urusan check in, dah pesan banyak kali pada aku dan suami tanyakan password Wifi.

Nak jadi cerita, satu hotel ini Wife diorang problem. Punyalah tak senang duduk FIL dengan MIL. Pergi restoran nak Wifi. Kepala menunduk saja tengok handphone. Sampai nak order makanan pun susah sebab kerjanya tengok handphone saja. Tengok menu tak, berjalan pun sampai terlanggar orang menunduk tengok handphone. 

Masa nak balik ke Kuala Lumpur, kitorang dah lambat keluar hotel. Ada masalah sikit nak buat payment. Lapangan terbang dahlah jauh dari hotel, tetapi FIL boleh pula relaks di lobi lagi. Alasan sebab nak WhatsApp sementara ada Wifi. Aku dah menjerit dalam kereta masa tu. Kalau lambat, habislah segala luggage yang berduyun itu tak boleh check in. Dalam kereta, nafas aku dah turun naik menahan kesabaran. Itu pertama kali terkeluar jeritan batin aku. Adik ipar aku menganga tengok aku pada masa itu.

Kes menara pinggan mangkuk dalam sinki itu pun disebabkan handphone juga. MIL aku ini dahsyatnya main handphone sampai tak makan tengah hari pun tak apa. Dia makan maggi saja, dah macam orang muda dah MIL aku ni.

7. TAK FAHAM DENGAN PERANGAI MIL 

Macam yang aku cerita awal tadi tentang cuci ayam ikan itu. Kalau aku nak cuci, beria MIL aku kecil hati. Kalau aku rasa dapur bau macam hanyir, aku mop lantai, cuci kain buruk, sental sinki, basuh peti ais semua itu pun dia kecil hati. Dia pernah tanya,

"Kenapa nak cuci? Elok bersih saja mama tengok," 

Aku jawab elok-elok. Tak sangka pula di kecil hati lagi. Dia terasa macam aku ini mengata dia tak mengemas rumah. Macam mana aku tahu? Sebab dia mengaku pada suami dia dan suami aku. 

Masa bercuti itu juga, ada masa kami naik teksi, masa itu tinggal lima orang tak dapat teksi. Tunggu punya tunggu, adalah satu saja teksi yang lalu. Kami decide untuk berkongsi satu teksi sebab malas nak menunggu lagi walaupun pakcik teksi itu berat hati juga nak bawa, takut polis tahan. Jadi, yang paling besarlah kena duduk di kerusi depan. Masa itu ada aku, makcik, cousin, suami dan mak mertua aku. Selepas itu kami beramai-ramai suruh mak mertua duduk depan sebab dia paling besar. Dia boleh pula marah. Dia suruh cousin kami yang duduk di depan sebab dia kata cousin kitorang itu juga lagi besar. 

Last-last cousin itu tak duduk depan pun sebab memang masa itu kitorang dah siap pandang masing-masing. Gilalah kalau mak mertua duduk di belakang, memang tak muat. Aku pula pregnant masa tu. MIL turun dari teksi dan terus merajuk. Dia kata kitorang cakap dia gemuk. Aduh! Satu hal pula nak pujuk. Bapa mertua akulah yang pujuk. Aku dan suami dan pening masa tu.

Belum lagi bab memasak. Aku ingat lagi masa awal-awal kahwin, suami minta masak asam pedas pekat kaw-kawa. Aku pun masaklah, tak sangka pula keluarga makan sampai bertambah habis nasi seperiuk. Beberapa hari selepas itu, mak mertua masak lagi asam pedas. Kali ini dia suruh aku masak nasi banyak sikit sebab dia tengok masa aku masak, sampai licin periuk. Tetapi masa itu kami semua tak ada nak tambah pula. Jadi aku perasan yang keluarga aku ini suka asam pedas pekat yang aku masak. MIL jenis masak tak berapa pekat sangat. Berlebihanlah nasi pada malam itu.

Seminggu kemudian. adik ipar kata, "Maa, maa buatlah asam pedas pekat macam kak long buat hari itu. Confirm kitorang bertambah nasi," 

Masa itu, MIL jeling pada adik ipar. Terus dia cakap, "Asam pedas mama inilah lagi sedap. Asam pedas original etc.. Kawan-kawan pun selalu puji bla..bla..bla.. Pekat-pekat nak buat apa? Buat sakit perut saja banyak sangat bahan," hujahnya macam machine gun. Semua orang di meja makan pada malam itu diam saja sambung makan. Timbul suasana krik.. krik... krik..

Hari itulah kali pertama aku menitis air mata dengan perangai mak mertua. Hambik kau! Pasal asam pedas je pun!

Malam itu barulah suami beritahu aku mak dia ada perangai tak suka diperlekehkan. Banyak lagi insiden yang bagi aku tak perlekehkan pun tapi tak tahulah kenapa MIL aku ini. Aku layan sajalah, malas pusing kepala.

8. ANAK PEREMPUAN DIA MEMBUTA BOLEH PULA?

Yang ini paling pelik, aku rasa memang 50% MIL macam ini dengan menantu perempuan berdasarkan cerita-cerita kawan aku sendiri. Kenapa anak perempuan sendiri membuta sampai ke tengah hari, tak tolong di dapur, penyepah etc boleh pula tetapi kalau menanti tak tolong sekali pun boleh tarik muka sedepa panjang? Tak ke ini paling pelik antara semua?

Pening kan? Dah dekat nak puasa ini, aku pun kena ready sental dapurlah selepas tarawih ini. Selamat menyambut ramadan al-mubarak semua! 

No comments

Powered by Blogger.