Penunggang Motosikal Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan - Polis


KUALA LUMPUR - Sekumpulan penunggang motosikal yang mengambil tindakan sendiri dengan menerajang 'side mirror' kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu adalah satu kesalahan meskipun niat mereka mahu mengusir pemandu lain dari lorong kecemasan. 

Terdahulu, viral di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal yang menendang 'side mirror' kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan sebagai pengajaran. 

Mohd Nadzri berkata, penunggang motosikal terbabit bukan sahaja melakukan satu kesalahan, tetapi dua kesalahan kerana turut menyalahgunakan lorong kecemasan. 

"Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan sekumpulan penunggang motosikal terbabit yang dianggap tidak bertamadun dan tidak sedar akan kesalahan diri mereka yang turut menyalahgunakan lorong berkenaan. 

"Berlagak nak tunjuk pandai, tetapi sebenarnya bodoh. Nampak sangat masa di akademi belajar memandu tak dengar apa yang guru ajar di depan bahawa semua kenderaan persendirian tidak boleh menggunakan lorong kecemasan." kata netizen. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.