Perempuan Bangun Lambat Tak Sesuai Dijadikan Isteri?


"Perempuan bangun lambat tak sesuai dijadikan isteri"

Selalu dengar lelaki berkata demikian. Dengar seperti logik, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana tidak wajar kita melihat pada satu sisi dan jangan hanya kerana 'masalah' itu, perhubungan terus ditamatkan begitu sahaja. Bagaikan si dia tidak boleh dididik untuk bangun lebih awal. 

Siapa tahu, mungkin si dia mempunyai tugasan penting sehingga lewat malam semata-mata menuruti arahan majikannya? Si lelaki pula dengan egonya menuduh tanpa bertanya. Baca bebelan logik dari Luqman San di bawah:

Dia ada ibu dan bapa. Namun ibu bapanya tidak pernah pula berkata yang dia tidak layak menjadi anak mereka. Malah, mereka membimbing dia agar menjadi orang yang berguna, setiap hari. 

Anda? Anda hanya melihat sebahagian dari dirinya tetapi sudah membuat keputusan untuk menolak dia. Sedangkan ibu bapanya melihat beribu-riban perangai anak mereka itu. Tetapi masih jua tetap memilih untuk menyayangi dan membimbing dia. 

Jika anda fikir bahawa perempuan bangun lambat tidak sesuai dijadikan sebagai isteri, ketahuilah bahawa anda sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan pun. 

Kesempurnaan itu datang apabila anda membimbing dan memimpin mereka. Bukannya duduk menunggu sahaja. Bodoh! - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.