'Proton Pulih Selepas Tun Mahathir Berundur' - Najib


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan sukacitanya menyatakan, pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON) membawa perubahan besar di peringkat atasan dan mengembalikan zaman keemasan syarikat pengeluar kereta tempatan itu. 

"Era campur tangan politik Tun Mahathir sudah pun berakhir. Kita dapat lihat akibatnya awal tahun ini. Sebuah syarikat pengeluar yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara telah menghadapi keadaan yang amat menyulitkan," katanya dalam majlis pelancaran Proton Perdana di Putrajaya semalam. 

Menurut Najib, terlalu banyak campur tangan politik yang berlaku dalam pengurusan strategi Proton termasuk yang membabitkan pekerja dan model perniagaannya ketika Tun Dr Mahathir menjadi pengerusi Proton. 

"Kerajaan terpaksa campur tangan kerana kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dan pembekal Malaysia. Kami akan selalu berjuang untuk memastikan tiada sesiapa yang tercicir," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.