Ramai Ibu² Yang Bersalin Secara Czer Tidak Berpantang Secara Elok


Saban hari saya didatangi ibu-ibu yang kemurungan dan tertekan ketika hamil. Dan ada yang PM dan WhatsApp dengan masalah yang sama. Mereka adalah ibu-ibu yang bersalin secara czer dan mereka terhamilkan anak seterusnya dalam tempoh terdekat. Rata-ratanya bawah setahun. 

Dan yang menambahkan kepada beban masalah mereka ialah kesakitan czer belum lagi pulih 100%, sudah terasa ketidakselesaan pada tempat dibedah. 

Saya bertanya apakah dahulu di waktu selepas bersalin, mereka berpantang secara elok atau sebaliknya? Jawapannya sama rata iaitu, 'Tidak'. 

Ada kes yang selepas bersalin, akibat terlalu lasak, luka pembedahan terbuka kembali dan perlu dijahit semula. Lalu sepanjang kehamilan tempat luka berdenyut dan rasa tidak selesa. 

Ada kes yang langsung tidak menjaga pemakanan ketika berpantang. Semua benda gatal dimakan. Akibatnya, ketika hamil, tempat luka rasa merenyam. 

Ada kes yang tidak mengamalkan apa-apa herba untuk membantu luka mudah sembuh. Bila akhir kehamilan, doktor mengesan luka lama sudah merekah dan terpaksa dibedah. Anak keluar tak cukup bulan lalu sekali lagi tidak mampu berpantang kerana selepas bersalin kena berkampung di NICU. 

Pelik bila ada yang mengambil ringan tentang soal penjagaan dan amalan ubatan herba untuk orang selepas bersalin secara pembedahan. Dan pelik bila ada pihak yang tidak pernah beranak dan bersalin, beria-ria mengatakan bahawa pantang larang ini semua kolot. 

Sedangkan bila ada komplikasi pada ibu yang tidak berpantang, pihak-pihak yang sama juga merungut si ibu tidak pandai menjaga diri dan kandungan. 

Kita ini manusia, hamba. Sejauh mana nak merancang pakai implanon, iucd, kondom dan sebagainya, kalau Allah dah berkata Kun Fa Ya Kun, tetap akan menjadi juga. Ia di luar bidang kuasa kita sebagai hamba. Tetapi yang pasti, berpantang itu masih di dalam juradikasi kita sebagai langkah pencegahan agar kehamilan dan proses bersalin yang akan datang, kurang atau tiada komplikasi kronik. 

Kepada ibu-ibu yang akan bersalin lebih-lebih lagi yang tahu anda akan dilapah, do your homework. Nasib anda untuk mengelakkan komplikasi ketika bersalin lebih tinggi jika anda menjaga diri dan rahim anda sebaik-baiknya ketika dalam tempoh berpantang. 

Ketika saya dibedah buat kali ketiga, saya ingatkan doktor saya akan ikat peranakan saya. Tetapi beliau sendiri beritahu yang previous scar saya nampak 'cantik' dan utuh. Disebabkan itu beliau beri saya peluang untuk bersalin lagi 2 kali, secara czer. 

Saya tidak pernah memandang remeh amalan berpantang dan perubatan herba selepas bersalin. Saya menjaga diri saya sebaik-baiknya agar saya mampu sihat demi anak-anak dan suami. Ini kerana saya sudah banyak melihat para ibu yang sakit akibat tidak berpantang. Rata-ratanya mengalami mood yang tidak menentu atau terpaksa mengabaikan keluarga kerana tidak selesa dengan tubuh mereka yang sentiasa sakit. 

Ramai yang tahu wanita Arab ada yang mampu czer sehingga 8 kali kerana amalan mereka ketika tempoh berpantang kuat dengan pemakanan sunnah terutamanya habatus sauda, kurma, madu, luban, delima dan sebagainya. 

Dan Melayu tetap Melayu. Satu-satunya ubat yang serasi dijadikan ubat buat rahim selepas bersalin ialah rempah ratus dan pucuk ulam-ulaman. Jaga diri anda, demi mengelakkan komplikasi bersalin di masa hadapan. - Siti Aishah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.