'Saya & Anak Diperhatikan Seseorang Sejak Mula Masuk Ke Hypermall'


Kejadian ini baru saja berlaku tadi (3 Jun 2016). Dipendekkan cerita, saya berjalan-jalan di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, bersama dengan anak sementara menunggu suami. 

Saya perasan, dari pintu masuk saya seperti diperhatikan oleh seseorang saja. Tetapi pada mula saya mengendahkan dan menganggap itu mungkin hanya ilusi atau perasaan saya sahaja. 

Sehinggalah bila berada saya berada di kedai berhampiran Sasa, saya perasan ada seorang lelaki berbaju kuning memerhati kami anak beranak. Perasaan saya menjadi panik dan tiba-tiba saya dihampiri oleh pengawal keselamatan. 

"Puan pegang anak puan betul-betul sebab lelaki itu ada merakam gambar puan dengan anak puan," katanya memberikan peringatan. 

Saya akur pada nasihatnya. Mungkin juga lelaki tadi ada rakannya yang lain juga sedang memerhatikan kami sebab kami berdua sahaja. Mereka mungkin sedang menunggu peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. 

Saya pun apa lagi? Terus melarikan diri ke tempat yang ramai orang sehinggalah suami saya sampai. Memang saya berasa takut tidak terkata. 

Pengawal Keselamatan cuba mengejar lelaki terbabit, namun lelaki itu pantas melarikan diri dan hilang sebelum sempat ditahan.

Kepada sesiapa yang berjalan-jalan di 1Borneo Hypermall, sila berhati-hati. Mereka mungkin ada di mana-mana. Rasa nak gugur jantung saya dan perasaan takut itu masih ada. - Ainie Sani | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.