'Saya Terlupa Pakai Tali Pinggang!' - Ku Nan


PUTRAJAYA - Insiden seluar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlondeh ketika meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di PRK Sungai Besar, viral di media sosial dan mencetuskan persoalan netizen apakah perkara itu benar atau gambar telah diedit?

Tengku Adnan atau panggilan mesranya, Ku Nan, tampil memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut dalam sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lalu. 

"Kenapa anda senyum-senyum? Anda asyik terfikir mengenai seluar dalam saya? Mujur saya pakai seluar dalam berwarna putih, kalau pakai yang bercorak atau polkadot, lagi susah," katanya menyebabkan wakil media yang hadir gelak ketawa. 

Ku Nan mengakui tidak malu dengan insiden yang dijangkakan itu. Malah menjelaskan bahawa berat badannya susut akibat berpuasa. 

"Tambahan pula, saya terlupa pakai tali pinggang! Ini semua salah Datuk Hishammuddin, seluar saya terlondeh. Tetapi dia tetap mengenggam tangan saya tak nak lepas. Saya nak cepat-cepat tarik seluar. 

"Sudahlah tak nak lepas, beliau pula yang tengok seluar saya ketika itu," katanya menyindir Ketua Penerangan UMNO yang turut berada dalam bilik sidang media itu. 

Menjelaskan kepada media, Hishammuddin berkata, apa yang berlaku pada hari itu umpama mimpi ngeri baginya. 

"Nasib baik Ku Nan duduk, kalau dia berdiri, nanti terlondeh lagi. Saya terkejut bagaimana seluar Ku Nan boleh terlondeh. Nasib baik beliau pakai seluar dalam," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.