Si Kecil Selongkar Sampah Cari Rezeki


Lokasi: Beserah, Kuantan, Pahang

Allah.. Allah.. Allah.. Di saat hati ini girang dan mahu pergi membeli juadah berbuka, ketika keluar simpan rumah, ternampak satu keluarga ini sedang menyelongkar tong sampah. Mereka mengambil segala yang boleh diambil. 

Yang paling tak tahan, si kecil yang turut bersama menyelongkar tong sampah. Saya pergi mendekatinya dan menghulur sedikit pada si comel ini. Sempat saya berbual dengan ayah dan neneknya. 

Ya, orang kita. Mereka bukan orang asing tetapi orang kita, orang Malaysia. Ayahnya tidak dapat bekerja sebab sakit. Mereka tidak pernah bersekolah, sampaikan nombor telefon pun tak pandai nak bacakan. 

Ya Allah, jadikanlah si comel ini orang yang bijak pandai apabila dia bersekolah kelak. Saya tidak mahu berprasangka buruk-buruk sebab apa yang Allah tunjukkan pada saya jauh lagi sebak. Saya hanya kasihankan si kecil ini. - Nur Faraha Cahaya Gembira | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.