'Siapa Punya Kerja Ni?'


LABIS - Cebisan kertas yang dikoyak dari Al Quran ditemui dibuang di jalan raya dalam kejadian petang tadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di hadapan Sekolah Kebangsaan Labis. 

Menurut individu yang menemui cebisan kertas itu berkata, dia pelik melihat cebisan-cebisan kertas bertaburan di atas jalan lalu memeriksanya. 

"Saya telah membuat pemeriksaan dan mendapati semua cebisan kertas itu adalah cebisan Al Quran yang telah dikoyakkan. 

"Ini adalah sebahagian cebisan yang berjaya dikutip oleh guru-guru dan pelajar sekolah serta orang awam yang lain," katanya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Labis. 





Menurut kakitangan Maybank, mereka ternampak sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih telah melemparkan cebisan kertas tersebut dari keretanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.