'Tergamak Dia Ceraikan Isterinya Yang Menghidap Kanser'


KUALA LUMPUR - Sayu membaca perkongsian cerita dari seorang pegawai perubatan di Hospital Ampang mengenai nasib seorang isteri bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. 

Bagi Mohd Faizal Nor Azmi I, dia tidak dapat menahan air matanya berguguran bila melihat pesakitnya yang dipercayai menghidap kanser payudara itu didatangi oleh suaminya untuk menyerahkan surat perintah hadir ke mahkamah.

"Di saat si isteri merana kanser rahim stage 4, mengharap kasih si suami meneman dan memberi sokongan, si suami tanpa perikemanusiaan datang ke hospital membawa sepucuk surat perintah hadir mahkamah tuntutan cerai oleh si suami.

"Pesakit terbaring bercuraian air mata, tidak mampu mengangkat kepala apatah lagi merayu pada suami. Pergi mampus kisah cinta. Aku rasa semua itu tidak wujud," katanya. 

Itulah sikap golongan lelaki yang berkahwin hanya kerana nafsu, bukannya sayang dan cinta. Sewajarnya lelaki itu berada di sisi memberi sokongan pada isterinya. Tetapi, ini tidak, sebaliknya cuba dibunuh pula hati si isteri. 

Inilah contoh bagi kita yang sudah berkahwin. Jadikan cerita ini sebagai peringatan. Moga si isteri itu tabah walapun hakikatnya sukar. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.