'Tergamak Manusia Bunuh Anak Aku Dengan Kejam!'


CHINA - Sayu, gambar seekor kucing betina meratapi kematian anaknya dipercayai ditikam dan dibunuh dengan kejam oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. 

Anak-anak kucing malang itu belum sempat lagi membuka mata untuk melihat dunia, dibunuh dengan kejam. Bangkai anak-anak kucing malang itu ditemui oleh seorang wanita warga tua yang juga telah menjaga kucing jalanan di bandar Xi'an sejak beberapa tahun yang lalu. 



Yang, selalu memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan selain dari menyediakan kotak sebagai tempat perlindungan bagi mereka. Namun, niat murninya itu tidak diambil peduli oleh penduduk tempatan yang kebanyakannya menyalahkan kucing-kucing jalanan yang didakwa membawa penyakit berjangkit atau hanya sekadar menganggap kucing sebagai binatang peliharaan. 

Difahamkan, Yang menemui dua anak kucing dan ibunya sebelum itu. Dia juga turut memberikan kotak kepada kucing berkenaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya. 


Yang menempatkan kucing-kucing berkenaan di dalam kotak tersebut pada jam 7 pagi. Tetapi 5 jam kemudian, dia mendapati kucing betina berbulu tiga warna itu mengiau kesedihan berhampiran dua anaknya yang telah mati. 

Yang terkejut bila mendapati kepala salah seekor anak kucing itu dipotong, manakala seekor lagi ditikam di bahagian perut. 

Kucing betina itu enggan berganjak dari tempat itu, meratapi kematian dua anaknya yang masih belum sempat membuka mata melihat dunia. 


"Anak-anak kucing itu dibunuh dengan pisau. Bagaimana mereka tergamak bertindak kejam seperti ini?" katanya? 

Yang kemudian menguburkan bangkai anak-anak kucing berkenaan berhampiran rumahnya. Namun ibu mereka enggan meninggalkan tempat itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.