Tiada Akses Internet Untuk Komputer Penjawat Awam Mulai Mei 2017


SINGAPURA - Penjawat awam di negara itu akan dihalang dari mengakses internet dari komputer yang disediakan, bermula Mei 2017. 

Lapor Straits Times, tindakan drastik itu dibuat bagi tujuan keselamatan dan rahsia negara dari diakses oleh pihak tertentu. Perlaksanaan itu dijangka melibatkan 100,000 buah komputer penjawat awam.

Bagaimanapun, penjawat awam hanya dibenarkan mengakses internet menerusi peranti pintar peribadi mereka. Manakala di setiap pejabat kerajaan, hanya beberapa buah komputer khas yang akan diberikan akses internet bagi tujuan rasmi seperti membuka emel. 

Masalah intipan dan ketirisan maklumat rahsia dipandang serius. Komputer yang disambung pada internet terdedah kepada penggodam dan malware. 

Tinjauan di laman mForum Cari, 57% menyokong agar Kerajaan Malaysia juga turut melaksanakan tindakan yang sama bagi mengekang kebocoran maklumat sulit kerajaan. 

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata, tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet dalam kalangan penjawat awam, lapor Bernama

"Kalau tidak ada internet sekalipun, masih ada lagi cara komunikasi lain yang boleh digunakan," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.