'Valak Antivaksin' Sedang Membunuh Generasi Manusia


Siapa yang pernah menonton cerita The Conjuring sudah pasti akan tahu bahawa filem itu menceritakan tentang kisah-kisah hantu yang saling bersangkutan. 

Hantu/Demon yang disangka telah dihapuskan, kembali menghantui masyarakat dalam setiap episod. Bermula dari Anabelle, Batshiba dan yang terbaru kepada Valak yang menghantui Enfield dan Amityville. 

Valak di dalam filem The Conjuring 2 ini adalah digambarkan sebagai syaitan yang menyerupai seorang biarawati/nun yang sering memperolokkan mangsanya dengan memainkan lagu-lagu keagamaan. Sedangkan pada hakikatnya ia menghina dan menolak ugama. 

Demikian juga dengan keadaan kita pada hari ini. Para doktor belajar dan membaca tentang kisah-kisah ngeri dan menyeramkan dalam bentuk penyakit smallpox, difteria, polio, pertusis dan pelbagai penyakit berjangkit yang lain yang sudah dibasmi oleh vaksin kini kembali menghantui masyarakat. 

Sepanjang 13 tahun saya menjadi doktor, inilah kali pertama saya berjumpa kes difteria. Penyakit ini sudah menjadi begitu jarang sehingga maklumat mengenainya hanya berada di dalam buku teks-teks perubatan. Doktor sudah tidak mengenali penyakit ini kerana ia sudah begitu lama tidak muncul. 

Malangnya seperti demon-demon yang tidak habis-habis datang menghantui dan sebelumnya disangkakan telah dihapuskan, difteria kembali semula menular dalam masyarakat kita. Seperti dalam filem bersiri The Conjuring, mangsa paling utama ialah kanak-kanak. 

Malapetaka telah tiba mengetuk pintu kehidupan anak-anak kita. Tatkala imunisasi dianggap sebagai agenda iluminati, zionis, yahudi, Israel, Amerika, CIA, rockerfella dan sebagainya. Valak anti-vaksin yang memakai jubah-jubah ugama sedang membunuh generasi manusia dengan fahaman songsang yang tidak disokong oleh ugama yang sebenar. 

Jawapan yang paling tak boleh 'blah' dari Valak anti-vaksin apabila terjadinya wabak terbaru difteria ini adalah, 

"Ini semua terjadi kerana kehendak Tuhan. Anak Valak  tak vaksin, tak kena pun," sekali lagi tuhan yang dipersalahkan dan diperolok-olokkan persis Valak yang sebenar. - Doktor Abdul Rahman | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.