(Video) Curang, Isteri & Kekasihnya Dibelasah Suami


INDIA - Berang si isteri berlaku curang di belakang, seorang lelaki membelasah isteri dan kekasih gelapnya dengan padu di khalayak ramai. 

Berdasarkan video yang dirakam oleh penduduk kampung berkenaan, kedua-duanya diikat pada tiang rumah sebelum dipukul menggunakan kayu dan tali di hadapan orang ramai. 

Wanita itu sesekali cuba mengelak dan merayu agar lelaki itu berhenti memukulnya, namun tidak diendahkan. Malah lelaki itu terus menyambung memukulnya dengan kayu. Lelaki yang dipercayai kekasih gelap si isteri juga turut dipukul bertubi-tubi.

Orang ramai hanya menyaksikan kejadian itu tanpa melakukan apa-apa. 


Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik tindakan si suami mengaibkan wanita terbabit dan mengalakkan perbuatan ganas terhadap golongan wanita. 

Namun, segelintir netizen mempertahankan tindakan lelaki itu yang hanya mahu menjaga maruah keluarga, bukannya keganasan terhadap wanita kerana kekasih wanita itu juga turut dibelasahnya. 

Tidak dapat dipastikan sama ada polis akan menyiasat kes tersebut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.