(Video) Ibu Pijak Dada Anak Agar Berhenti Menangis


AFRIKA SELATAN - Anak kecil ini mungkin tidak akan buat perangai lagi, tetapi juga menjadi trauma seumur hidupnya. 

Video seorang ibu memijak dada anaknya, selain mengheretnya dalam hujan renyai viral di media sosial. 

Kejadian yang berlaku di Guatemala itu mencetuskan kemarahan netizen yang mahu wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang. 

Berdasarkan video, tidak jelas mengapa wanita terbabit memijak dada anaknya namun dipercayai berbuat demikian untuk memberi pengajaran kepada mangsa yang hanya berusia 6 tahun. 

Wanita itu dengan sengaja memijak dan sesekali dilihat menekan-nekan kakinya pada dada mangsa. Mangsa yang tidak berdaya melawan hanya mampu menangis meminta belas kasihan dari ibunya sendiri. 

Mangsa kemudian diseret keluar dari rumah dalam keadaan tidak berpakaian. 


Difahamkan video tersebut dihantar oleh seorang individu yang enggan dikenali kepada sebuah stesen tv tempatan.

"Hello, saya nak video ini viral agar wanita yang mendera anaknya itu dapat dihalang dari terus berbuat demikian.

"Dia tinggal di kejiranan San Jose Escuintla. Tolong ambil tindakan segera dan hentikan penderaan seperti ini," katanya. 

Video itu kemudian dimuat naik di laman Twitter oleh pihak berkuasa yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat, tampil membantu siasatan. 

Berdasarkan maklumat yang diberikan, pihak berkuasa telah menyerbu kediaman tersebut. Namun suspek telah mengetahui kejadian itu viral di media sosial dan terus melarikan diri. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.