(Video) Kejam! Ibu Tampar & Tekup Mulut Bayi Di Restoran


FILIPINA - Tindakan seorang ibu menampar dan menekup mulut bayi perempuan berusia lingkungan 2 tahun, viral di media sosial. 

Kejadian yang berlaku di premis makanan segera itu dirakam salah seorang pelanggan restoran yang datang dengan rakannya untuk singgah minum kopi. 

Video berdurasi 1 minit 8 saat itu menunjukkan wanita berkenaan menampar muka anaknya selain dari menekup mulutnya sehingga hampir terbaring, sambil diperhatikan oleh kakaknya. 

Dakwa pengadu lagi, wanita itu turut menyumbat tisu di dalam mulut si kecil agar dia berhenti menangis. 

"Terkilan tengok bayi itu dipukul secara berterusan dan mulutnya disumbat dengan tisu.

"Saya berhenti merakam video ini dan mula melambai-lambai pada bayi itu dan buat muka kelakar. Bayi itu berhenti menangis dan merenung saya dengan matanya berair. 

"Saya cuba ambil perhatian bayi itu. Syukur pada tuhan dia sudah berhenti menangis," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.