(Video) Kejam! Pukul Kepala Lembu Dengan Tukul Besi Sebelum Dilapah


SYDNEY - Susulan viral video pekerja pusat penyembelihan memukul kepala lembu menggunakan tukul besi sehingga mati sebelum dilapah, Australia bertindak menggantung eksport haiwan ternakan terhadap tiga pusat penyembelihan di Vietnam. 

Lapor Daily Mail, video berkenaan dirakam secara sulit oleh penyiasat Animals Australia yang menunjukkan pekerja pusat berkenaan memukul kepala lembu beberapa kali dengan tukul besi sehingga tumbang.

Menteri Pertanian Australia, Barnaby Joyce, menganggap tindakan pekerja terbabit amat kejam. Namun, pemeriksaan mereka mendapati pusat penyembelihan itu tidak tersenarai dalam sistem Rangkaian Bekalan Pengeksport. 

"Belum dapat disahkan sama ada lembu berkenaan dari Australia. Namun kerajaan sudah menggantung semua eksport kepada pusat penyembelihan terbabit," katanya. 


Pihak Animal Australia melaporkan kejadian itu pada 9 Jun lalu dan kementerian itu terus memulakan siasatan pada keesokannya serta telah bertemu dengan pihak berkuasa Vietnam yang juga menyiasat dakwaan itu. 

"Saya sangka sudah melihat semua kekejaman terhadap haiwan, rupanya tidak semua. Pengeksport tahu mengenai kekejaman terhadap haiwan ini namun berterusan menghantar ternakan ke Vietnam," kata Pengarah Kempen Animals Australia, Lyn White. - PIXEL MEDIA (Terjemahan Harian Metro)

No comments

Powered by Blogger.