Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    75% Pengguna Pilih Perkhidmatan Uber, Berbanding Teksi


    KUALA LUMPUR - Dalam kajian terkini yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mendapati, sebanyak 75% pengguna di negara ini memilih perkhidmatan Uber berbanding teksi. 

    Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kajian yang dilakukan secara dalam talian itu melibat 45,000 pengguna. 

    "Sebanyak 75% daripada responden memilih Uber. Setakat ini, itulah realiti sebenarnya," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today

    Sehubungan itu, kertas kerja untuk membenarkan Uber dan Grabcar beroperasi seperti teksi akan siap sepenuhnya sebelum akhir tahun 2016. SPAD kini sedang meneliti dan membuat beberapa perubahan sebelum ia dibawa dan dibincangkan di peringkat Kabinet. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.