Adi Putra Kahwin Kali Kedua Tanpa Pengetahuan Isteri?


KUALA LUMPUR - "Saya memohon maaf, saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini," demikain kata wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua pelakon lelaki, Adi Putra. 

Lapor Harian Metro, wanita yang berusia 33 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dia sudah bernikah dengan Adi Putra. 

"Maaf, saya belum bersedia memberi sebarang kenyataan," katanya. 


Berita pernikahan itu viral di laman sosial setelah gambar pernikahan mereka yang berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan oleh keluarga dan sahabat karib itu dikongsikan beberapa pihak menerusi WhatsApp sejak malam tadi. 

Difahamkan, wanita berkenaan adalah ibu tunggal anak satu, yang juga rakan kongsi perniagaan Adi Putra dan perkahwinan itu merupakan perkahwinan yang ketiga bagi wanita berkenaan.

Wartawan Harian Metro cuba menghubungi Adi Putra untuk mengesahkan perkara itu, namun gagal apabila panggilan telefon mereka tidak dijawab. 

Lapor Astro Gempak, isterinya, Aida Yusof, 41, langsung tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu. Beliau enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada Adi untuk menjawab segala persoalan wartawan.

Dalam masa yang sama, turut tersebar status seorang lelaki yang dipercayai bekas suami kepada isteri kedua Adi Putra.

Berdasarkan status itu, lelaki terbabit mendakwa bekas isterinya itu sanggup meninggalkan dirinya demi mengejar lelaki yang baru ditemuinya itu yang dianggap sebagai pembimbing yang dicari-cari selama ini. 

"Seorang ibu yang baik, mempunyai suami dan anak yang sempurna sifatnya. Namun pada suatu hari si ibu telah berjumpa dengan seorang lelaki yang ternama, lemah lembut tutur bahasanya, lunak suaranya, sopan santun tingkah lakunya dan kacak bergaya lagaknya. 

"Si ibu menganggap lelaki ini adalah pembimbing yang dicari-carinya selama ini. Si ibu ini bernekad untuk mengubah jalan hidupnya selama ini yang dirasakan sesat dan binasa. Kerana nafsu, si ibu berniat meninggalkan suaminya untuk berubah ke jalan yang lebih baik,"


Lelaki itu mendakwa, dia telah cuba menasihati isterinya agar fikirkan kesan dan akibat terhadap anak mereka yang masih kecil, namun tidak diendahkan dan isterinya lebih rela membela cinta dihati berbanding anak kecil mereka.

Terdahulu, rumah tangga Adi dan Aida pernah berantakan sehingga Adi memfailkan penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012. Namun pemohonan ditarik balik pada 21 Mei pada tahun yang sama. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.