'Aku Buka Tingkap Sikit, Dituangnya Air Kencing!'


Penanti, 7.45 pagi. Pagi-pagi lagi orang naik motosikal dah buat perangai. Sudahlah tengah rushing nak pergi ke kelas jam 8 pagi, jalan jem pula. 

Sebelum ini, terbacalah kes orang kena ragut phone. Sekarang ini, kes lain pula. Aku buka tingkap kereta sikit saja kot, tak tahu apa masalah dia tiba-tiba datang tuang air kat aku. Nasib baik lock kereta. Kalau tak lock, aku rasa kena ragut. 

Tuang air biasa tak apalah juga, ini air kencing bercampur mineral. Memang jilake punya manusia! Aku harap Allah beri balasan yang setimpalnya dengan apa apa yang kau buat. 

Kejadian ketika turun di highway Penanti, simpang tiga. Mohon para wanita yang naik kereta berhati-hati. Bukan apa, takut kena simbah asid pula selepas ini. Fobia dah, tak mahu buka tingkap lagi selepas ini. Air kencing pun naya jugalah. - Hafizha Syazwani | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.