"Aku Daripada Kedah Tukar Ke Kuching, Takde Pun Masalah Makanan?"


Aku daripada Kedah tukar ke Kuching, okay saja tak ada masalah makanan. Cuma first day pergi cari kedai Melayu nak makan tengah hari memang terkejut juga, sebab air, orang Cina yang buat. Selepas itu ada stor sebelah kiri kanan orang jual mee kolok, sebelah ada jual laksa Sarawak, sebelah ada jual pisang cheese. 
Hmm.. Daripada pemerhatian akulah, keharmonian mereka mencari rezeki di bawah satu bumbung amat terbaik. Tak ada aku dengar mereka bergaduh. Siap meja boleh berkongsi makan dengan bangsa-bangsa lain. 

Kalau di Semenanjung, lagi-lagi bangsa Melayu, confirm berdengki tengok tengok bisnes orang sebelah maju. Esok lusa terus santau, tak pun letak saja telur buruk bawah stor! Itu realiti bangsa Melayu yang berkongsi niaga di semenanjung. Dengki, iri hati, bermusuh, berdendam itu mainan mereka yang berniaga di sana. 

Kalau di sini, rasa tenteram dan selesa bila-bila aku ingin pergi ke kedai untuk makan minum. Tiada perasaan risau atau takut. Makanan punyalah banyak, bermacam-macam jenis dan pilih sendiri. 

Hari raya? Jangan ditanya lagilah, sebulan aku beraya di Kuching ni, tiap-tipa hari ada jemputan ke rumah kawan-kawan. Semua bangsa datang. Iban, Cina, Bidayuh dan mereka semua ziarah rumah kawan-kawan pada hari raya itu yang best sampai malam ooo! 

Baju Melayu kena buat sekurang-kurangnya tiga pasang supaya aku dapat bertukar-tukar baju. Hehe! Sekarang dah hampir 20 pasang baju Melayu aku untuk sambut raya di Kuching sahaja!

Jadi, apa masalahnya kalau datang di sini? Ubah sikit minda bila datang ke tempat orang. Kita ikut budaya orang dan melaluinya dengan baik. 20 tahun kau asyik makan tom yam Semenanjung saja, apa salahnya kau rasa sup tendon Sarawak? Mee Kolok? Perghh! Meleleh beb! 

Yang paling win adalah, perpaduan kaum di sini. Respect Sarawakian People! Terima kasih kerana izinkan aku hidup di negara Bumi Kenyalang - Sumo Asaki | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.