"Alah, Basuh Pinggan Memang Kerja Perempuan..."


Dah raya ni, kecoh pula tentang perempuan mengadu letih sebab basuh pinggan bagai kan? Siap ada perang drama di Twitter. Meh, saya nak cerita sikit. Saya membesar dalam sebuah keluarga yang besar. Hanya ibu dan kakak sahaja perempuan dalam keluarga. Bayangkan, aku adik beradik 7 orang. 6 lelaki dan seorang perempuan. Termasuk ayah, 7 lelaki. Kakak pula anak pertama, saya anak kedua. 

Bayangkan betapa sukarnya untuk ibu dan kakak menjaga kami yang lelaki ini. Kalau masa raya, lagilah teruk. Mak masak, basuh pinggan semua. Kakak jadi lelaki, angkat itu ini. We (men) often took women for granted. Aku pun pernah dulu masa tak matang.

"Alah, basuh pinggan saja pun,", "alah, gosok baju saja pun", "alah, itu saja pun" dan semuanya nak "Alah..." tetapi saya tak nak buat sendiri sebab saya lelaki. 

By the way, my parents are both working parents and my sister is one year older than me.

Ceritanya begini, semasa saya berusia 17 tahun, mak jatuh sakit secara tiba-tiba (and it was worst) dan saya seorang bawa dia pergi ke hospital. Dari luar bilik doktor, saya terdengar yang mak under stress yang teruk sebab penat bekerja di pejabat dan melakukan kerja-kerja di rumah. Tetapi mak tipu pada ayah, "kurang darah saja". 

Saya tahu punca sebenarnya, tetapi masih buat bodoh. Ekoran dari itu, kakak seorang yang menjaga kami semua dari tugas memasak, basuh pinggan, baju, semualah. Dan dari situ juga kakak depression, makan ubat depressed. 

Kakak pada masa itu belajar di IPTA. Bayangkan, balik rumah nak jaga kami lagi. Kami yang lelaki ini boleh pula jadi bodoh, ego tak nak buat apa-apa hanya kerana kami ini lelaki. Sampai satu masa, mungkin dah tak tahan, kakak kata pada saya,

"Kau tahu tak perkara paling bahagia akak pernah buat apa? Masa sem satu, akak wajib dok kolej. Akak jauh dari rumah ini," 

Sumpah itu broke my heart so much. 

So one day, saya ambil inisiatif untuk melakukan sesuatu sebelum saya kehilangan mak dan kakak. Pelahan-lahan saya tolong kakak basuh pinggan. Seminggu selepas itu, saya yang sebagai abang ini pula mengerahkan adik beradik lelaki yang lain. Suruh mereka iron baju sekolah sendiri, basuh baju sendiri. 

Saya buat peraturan, 'clean up your own mess'. Seminggu selepas itu, saya basuh pinggan dengan adik. Tak suruh kakak basuh sebab dia dah memasak. Mak, dah rehat sepenuhnya. Cuma kadang-kadang dia sapu rumah saja. 

Seminggu demi seminggu saya berubah, dan ubah adik beradik yang lain. Alhamdulillah sekarang dah berusia 21 tahun, kami dah mampu buat kerja-kerja rumah. Siap memasak lagi. Kakak, saya dan dua orang adik sudah keluar dari rumah sebab sambung belajar. Tetapi tiga orang adik masih lagi bersekolah. Namun, mak tak perlu buat kerja rumah, mereka bertiga yang uruskan semua. 

Saya tak salahkan perempuan mengeluh basuh pinggan sebab saya pun tahu macam mana penatnya mengemas rumah. In this confession, I don't want to pick on gender equality or what so ever. But it's about our conscience. 

Nak isteri tak mengeluh buat kerja? Kenalah jadi lelaki yang tak mengeluh bila isteri meminta tolong. Belajar memasak, belajar melipat baju. Perempuan yang ada dalam hidup kita ini, bukan kuli kita. Agama mengajar kita memuliakan perempuan. Tetapi bila perempuan mengeluh sikit sebab penat basuh pinggan, kita yang lelaki ini bukan main lagi suka sangat nak bash. Padahal sebelum basuh pinggan, entah berapa ribu kerja yang perempuan dah siapkan. Kita point out yang mereka tak buat kerja. - IIUMC | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.