'Amboi KPM, Budak Kena Lempang Terus Nak Buat Taklimat Bagi Arahan Pada Cikgu Jangan Buat Itu Ini' - Fdaus Ahmad


Amboii KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), budak kena lempang terus nak buat taklimat bagi arahan cikgu jangan buat itu, cikgu jangan buat ini. (Rujuk Sini)

Ada perkara yang lebih penting yang patut dibuat dan aku senaraikan di bawah:

1. Jangan bebankan cikgu dengan kerja-kerja pentadbiran yang memenatkan dan tiada kena mengena dengan silibus pelajaran para pelajar.

2. Jangan harap cikgu saja yang kena keluarkan duit sendiri untuk membeli benda-benda yang sepatutnya sekolah atau KPM sediakan.

3. Jangan berharap pada cikgu untuk berfikir bagaimana nak mencari duit untuk kelangsungan pengurusan sekolah. Ini tidak, nak beli komputer sekolah pun kena buat 8 kali setahun. Lawatan sambil belajar punyalah sukar nak mencari duit. Fokus cikgu ini adalah mendidik anak-anak atau fokus mencari duit untuk sekolah?

4. Suami kena mengajar di Empangan Bakun, Sarawak. Isteri pula mengajar di Kodiang. Dah minta tukar dan duduk bersama pasangan, tetapi sampai 4-5 tahun masih tak dapat. Aku tak faham macam manalah cikgu nak fokus mendidik (fokus mencari duit, juga menjadi eksekutif pengurusan), kalau fikiran dan jiwa dia tidak tenteram ingat pada pasangan dan anak-anak yang duduk berjauhan? Macam mana nak melahirkan umat sejahtera kalau guru yang mengajar pun tak ada perasaan sejahtera ingat anak isteri? 

5. Bila terjadi perkara-perkara seperti itu, ingat moral cikgu-cikgu tak terjejas ke? Cikgu-cikgu ini orang, bukannya 'Orang-Orang'. Jadi tak hairanlah cikgu-cikgu sekarang tidak bersemangat, cikgu-cikgu berpakat berniaga tudung, meniaga kek. Selepas itu datang pula budak-budak jenis berperangai syaitan. Memang sedaplah kena lempang.

KPM sepatutnya tingkatkan fokus untuk selesaikan hal-hal demikian dulu. Bukannya bila timbulnya isu, baru nak melompat yang kemudiannya cikgu juga yang dihukum. Tidak cukup lagi, keluar pula arahan suruh itu, jangan ini Masalah yang lebih besar bila tiada solusi:

"Tak suka cikgu, berhenti sajalah!" 

Amboi mudahnya berkata demikian. Ini bukan masalah cikgu itu kena fikir nak berhenti atau tidak. Kalau suasana kerja itu elok, best, ada kepuasan bekerja, tak akan timbul persoalan berhenti-berhenti ini. Sediakan suasana dan keperluan cikgu yang sepatutnya. Bukannya menekan mereka dengan bebanan yang menggila. Cikgu ini pendidik yang perlu dihormati, bukan kuli batak senang-senang kita nak buli. - Fdaus Ahmad | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.