"Bayar Mahal Tapi Dapat Kualiti Drypers Macam Ini?"


KUALA LUMPUR - 3 Julai yang lalu, seorang ibu membuat aduan mengenai kualiti produk lampin pakai buang keluaran terbaru Drypers Malaysia yang didakwanya tidak berkualiti.

"You guys Drypers memang penipu kan? I beli Drypers di Giant, Grypers Wee Wee Dry RM40+. Sebab dah last minute shopping, nak cepat. Kualitinya bukan Drypers yang sebenar, yang selalu anak kita pakai. Tetapi kualitinya pampers Hey Baby punya. 

"Dulu you guys ada keluarkan Drypers Classic kan?! Kenapa kena buat macam itu ye? Kita bayar mahal untuk dapat kualiti macam ini? Jangan tipu kitalah. Nak report pada Tribunal Pengguna dah ni. Penipu betul, nipis pula tu." kata Sharifah Aliyyah Albukhary di laman Facebook rasmi Drypers Malaysia. 

Dalam respon awal pihak Drypers, Sharifah hanya diminta menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan mereka untuk siasatan lanjut. 

Sementara itu pengguna Drypers turut memberi reaksi yang sama mengenai kualiti produk Drypers tersebut. 

"Baru pakai tak sampai beberapa jam dah bocor. Kenapa semakin nipis? Harga boleh tahan mahal tetapi kualiti hampeh. Sebelum ini beli okay saja. Tak ada pula kes bocor ke apa," kata Amy Lee Estrada. 


"Sejak Drypers tukar pack baru, the cotton part semakin pendek cawatnya. Habis ruam belakang baby saya. So if pihak anda decide untuk tak tukar previous punya quality, I think most of mommies will rather choose another brand. Biar mahal asalkan berkualiti. Kalau harga RM20+ tak mengapa, ini harga RM35 above. Please reconsider," kata NamaSaya Aishahlsa. 

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pengguna menyatakan bahawa anak mereka tiada masalah menggunakan pack terbaru Drypers berkenaan. 

"Bukan penipulah, sebab Drypers yang baru ini kan ada teknologi thindry core. Even more comfortable to move. Kalau dah thin tu, memanglah nipis. Tetapi tak semestinya yang tebal itu bagus, yang nipis itu tak bagus. Anak saya guna, yang lama dengan yang baru. Kadar serapan tetap sama. Kena tahu benda-benda ini semua. Baby pun nak selesa juga pakai pampers kan," kata Nurul Azuwa.



Berdasarkan pemerhatian, Drypers Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.