Bayi Mati Tercekik Susu Akibat Bapa Terlalu Khusyuk Bermain Game


SINGAPURA - Akibat terlalu khusyuk bermain 'game' bola sepak di telefon pintar, seorang bapa tidak menyedari anak perempuannya mati kelemasan. 

Bayi yang berusia 3 bulan, Reyhana Qailah Mohamad Shiddiq, dipercayai meronta-ronta menangis sebelum mati tercekik sewaktu diberi susu botol oleh bapanya, Mohamed Shiddiq Sazali, 27, yang terlalu leka dengan game tersebut.

Lapor Free Malaysia Today, kejadian itu berlaku pada 12 Oktober tahun lalu pada jam 10:20 pagi, di mana ibunya, Nurraishah Mahzan, 31, meninggalkan Reyhana bersama bapanya di kediaman mereka. 

Shiddiq sambil bermain game bola sepak pada telefon bimbitnya di tangan kanan, menyusu botol sambil meriba anaknya di atas katil di tangan kiri. 

Menurut pegawai penyiasat, Tony Won, Reyhana menolak botol susu menggunakan lidahnya, namun Shiddiq dipercayai terus memaksa dan menolak botol susu di dalam mulutnya. 

Reyhana mula menangis dan menendang, malangnya Shiddiq yang terlalu leka bermain game itu tidak memberikan tumpuan pada mangsa sehinggalah dua minit kemudian, Reyhana terus 'mendiamkan diri'. 

Datuk mangsa yang baru pulang dari pasar mendapati cucunya itu pucat dan tidak bergerak, lalu segera memberikan bantuan pernafasan. Reyhana bernafas semula dan memuntahkan susu. Bantuan pernafasan yang seterusnya oleh ibu, pegawai polis dan paramedik tidak membawa apa-apa kesan. 

Reyhana kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira sejam di hospital. 

Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat, namun hasil bedah siasat mendapati wujud kecederaan lama termasuk patah tulang rusuk kanannya dan tengkorak. Walau bagaimanapun, pakar patologi berkata kecederaan itu bukanlah penyebab kematian. 

Punca kematian masih belum dapat dipastikan, laporan kematian menunjukkan mangsa mengalami sesak nafas atau lemas dan tercekik akibat meminum susu yang mungkin menyebabkan kematiannya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.