'Benar Anak Breastfeeding Kurang Peramah, Cenggeng, Asyik Menangis Bagai.. Tetapi..'


Anak Breastfeeding (BF)

Benar, anak BF memang kurang 'peramah', memang cepat cengeng, memang kerja melekap sahaja. Anak asyik menangis sahaja bila bayang ibu tak nampak. Anak asyik melekap sahaja. Anak tak nak dengan pengasuh.

Kita mengandung 9 bulan. 9 bulan anak dalam perut. 9 bulan anak rasa perasaan ibunya. Bila anak lahir, situasi semua berubah. Dari ruang sempit, terus ke ruang yang sangat luas. Tiada lagi bunyi degupan jantung ibu, tiada lagi rasa kehangatan air ketuban. Dunia ini asing bagi mereka. Tak selesa, menangis. Sakit, menangis. Lapar, menangis. Tak suka, menangis. Takut, menangis.

Kenapa nak pelik bila anak asyik nangis sahaja? Apa lagi yg dia mampu selain menangis, senyum, terkekek? Ke anda jangka bayi dah boleh bercakap selepas sahaja lahir?

Apabila anak menyusu badan, segala perasaan ibu itu anak turut akan rasa. Jika anda perasan, bila kita ada emosi yg terganggu, marah ka, sedih ka, anak pasti tolak/taknak menyusu. Anak pun turut meragam.

Ya, anak memang tahu perasan ibu itu. 9 bulan dalam perut. Bukan 9 hari. Bukan 9 minggu. Sebab itu kita kena jaga emosi ketika BF  anak. Jangan pelik bila habis kerja, anak mengempeng bagai nak gila. Jangan pelik bila kurang masa, anak meragam serba tak kena. Jangan pelik bila menyusukan dia, dia tenung mata macam jatuh cinta. Dia, rindu.

Selagi dia tak tahu main, selagi dia tak 'busy', selagi dia tak tahu leka sendiri, selagi tu dia akan rindu kita, Rindu mengempeng, rindu tenung mata, rindu masuk jari dalam mulut, rindu dakapan kita.

Tak lama. Hanya beberapa tahun sahaja. Nanti, kita pula yang rindu mereka. - Puteri Zahararina Zulan | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.