Bila Travel, Perempuan Bawa Banyak Pakaian Kerana...


Kasihan perempuan. Perempuan kalau bawa pakaian banyak-banyak semasa travel, mesti digelakkan oleh lelaki sebab 'terlalu complicated' dan 'over' gila bawa barang tak seperti lelaki. 

Tak ramai lelaki yang tahu bahawa perempuan terpaksa bawa banyak pakaian bukan sebab over atau complicated. Nanti, kalau terkurang pakaian, kurang sempurna tutup aurat mereka. 

Kalaulah golongan lelaki ini tahu berapa banyak pakaian yang digunakan untuk cover dari kepala sehinggalah ke kaki, lelaki tidak akan berani menganjing tentang perempuan bawa banyak pakaian. 

Tak payahlah nak bandingkan lelaki dengan perempuan. Lelaki pakai singlet dengan seluar jeans panjang dah cukup menutup aurat. Kalau perempuan pakai 'fesyen' yang sama, sudah pasti akan dilabelkan sebagai perempuan yang tidak pandai menjaga maruah, inilah perempuan zaman sekarang, betina murahan, ahli neraka dan bermacam-macam lagi tohmahan. 

Jadi, apabila kita tengok perempuan bawa banyak pakaian itu, biarkanlah mereka. Dia mahu menjaga maruah dia, kita janganlah menyibuk lebih. - Muhammad Farid Wajdi Hanif | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.