'Biskut Crackers Terbakar, Tak Belajar Sains Ke Sebelum Viralkan?'


PUTRAJAYA - Viral di media sosial video seorang individu mendakwa biskut Cream Crackers yang dijual di pasaran mengandungi serbuk plastik. 

Video berdurasi 1 minit 43 saat itu dimuat naik oleh Zuraini Kasim telah ditonton 92,000 kali dan mendapat 4,989 perkongsian di Facebook. 

"Jangan beli dah biskut, lebar patutlah tak lemau. Sentiasa garing saja. Apabila makan merosakkan usus dalam perut. Tepung + plastik, serbuk plastik. Dengan pihak mana dipersalahkan? Ujian itu bangsanya sendiri yang menguji biskut tersebut. Awas bahan makanan bahaya," katanya. 

Bagaimanapun tampil beberapa individu menafikan dakwaan tidak berasa Zuraini itu. 

"Benda berkanji memang akan terbakar. Basic sains saja ni dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga ada memberi penjelasan mengenai perkara ini. Pergi kaji betul-betul dulu, jangan main sebar saja. Jatuh fitnah nak minta maaf dengan siapa?" kata Syazana Zana. 

Meskipun telah dinasihatkan oleh beberapa netizen untuk membuang video  berkenaan, namun masih tiada tindakan dari wanita berkenaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.