Budak 2 Tahun Maut Didera & Diliwat Dengan Alat Pemateri


KEDIRI, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun 5 bulan maut didera dan diliwat oleh bapa saudaranya, Isnin lalu. 

Mangsa bukan sahaja didera dengan teruk, malah lubung duburnya dicucuh dengan pemateri yang panas, selain dicampak ke lantai sebanyak dua kali sehingga mati ketika Sentot Yuniarto, 30, cuba meliwatnya. 

Difahamkan, suspek dan mangsa tinggal sebumbung di rumah nenek, telah melakukan perbuatan jijik itu sebanyak dua kali pada bulan Mei dan Jun. Namun perbuatannya terbongkar apabila bapanya mendapati anaknya itu pengsan dan terdapat luka di bahagian wajahnya. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital. Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa telah diliwat dan mempunyai kesan melecur yang teruk di bahagian duburnya. Tempurung kepala mangsa juga retak 14 sentimeter. 

Mangsa juga berada dalam keadaan koma, dan meninggal dunia di hospital tersebut pada keesokan hari, jam 2.30 petang, 28 Jun 2016. 


Ekoran itu, polis menahan suspek untuk membantu siasatan berhubung kes dera dan liwat kanak-kanak terbabit. 

Siasatan awal pihak polis, suspek mengaku melaku perbuatan kejam itu ketika mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas dicampak ke lantai, sebelum menghubungi bapa mangsa dan memaklumkan bahawa mangsa tidak sihat.

Sejurus bapa mangsa, Adi, tiba di rumah, mendapati anaknya pengsan dan terdapat kesan lebam di wajahnya. Lalu si bapa bertanya apa yang telah terjadi pada anaknya itu. Sentot menjawab, anaknya itu terjatuh ketika bermain.

"Saya baling dia ke lantai dan mencucuh duburnya dengan alat pemateri panas sebab dia tidak mahu diliwat," katanya yang mengakui bertindak sedemikian kerana tertekan dengan isterinya yang baru dikahwini 6 bulan itu yang enggan melayani nafsunya serta tidak puas bersama wanita itu. 


Siasatan juga mendapati, suspek sebelum ini selalu membawa dua kakak mangsa yang berusia 6 dan 4 tahun untuk bermain bersamanya sementara dia bekerja di sebuah kedai elektronik. 

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek melakukan tindakan kejam itu kerana cemburu, mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. 

"Saya mahu dia dihukum mati!"

Adi tidak menyangka bahawa lelaki itu tergamak melakukan perbuatan keji itu pada anak-anaknya. Adi berharap, mahkamah akan menjatuhkan hukuman mati kepada Sentot kerana perbuatannya itu kejam dan tidak dapat diterima akal.

Menurut portal berita tempatan, pelakunya mungkin hanya akan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun sahaja. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.