Bukan Semua Mertua Seperti Cerita 'Ibu Mertuaku'


Jangan drastik, sabar dulu. Tak kena mesej begitu, tak detail dan ambillah pandangan ulama. Bukannya pandangan logik akal dengan kes-kes negatif yang berlaku sebelum ini dan teurs menerus menghukumkan ianya akan sama dengan mertua kita. Tak betul pandangan seperti itu.

Artikel berkaitan:
Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham di antara ipar dan mertua sahaja. Bukan terus asingkan. 


Sebenarnya banyak manfaat daripada mudarat bila dekat dengan mertua. Bukan orang lain pun, taraf ibu. Bukan semua mertua seperti cerita "Ibu Mertuaku". 

Si isteri dapat belajar sedikit sebanyak perangai dan kegemaran suaminya daripada ibu mertua. Dan harus diingatkan, ibu kepada suami masih di tempat utama daripada isteri dalam tanggungjawab suami, sebagai kebajikan anak lelaki. Isteri di tempat kelima dalam turutan tanggungjawab suami dalam Islam. 
  1. Ibu Kandung
  2. Bapa Kandung
  3. Ibu Mertua
  4. Bapa Mertua
  5. Isteri
  6. Anak-Anak
Namun isteri wajib meletakkan suaminya nombor satu dalam kewajiban tanggungjawab dan kebajikannya. 
  1. Suami
  2. Anak-Anak
  3. Ibu Kandung
  4. Bapa Kandung
  5. Ibu Mertua
  6. Bapa Mertua
Bagi mertua yang keseorangan dan uzur, haram bagi anak dan menantunya meninggalkannya demi kepentingan sendiri kerana hilang berkat ibu pada anaknya. 

Redha Allah terletak pada redha ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya. Jika tiada masalah, tak usah asingkan terus. Jangan sombong menerima teguran atau sindiran mertua kerana dia menegur seperti menegur anaknya. Bahkan anak sendiri lagi teruk bila kena tegur. Tapi tidak pernah meninggalkan ibunya. Dia ibu dan dia berhak menegur jika ada salah. 


Maka ulama berpendapat, jika teguran atau sindiri yang sengaja membawa perbalahan, maka barulah wajib suami mengasingkan isterinya. Kena teliti satu persatu, bukan drastik. Tak semua mereka yang baru berkahwin mempunyai ilmu rumah tangga yang penuh. Maka ibu bapalah pendorong ilmu. 

SOALAN

Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang tinggal bersama mertua?

JAWAPAN

Dengan teliti ulama menjadi dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali, kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal di rumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa, maka terlepas nafkah tempat tinggal. 

Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan. Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara yang wajib diambil kira. Ada tandas yang suku untuk isteri antara yang kena jaga. Ada ruang untuk isteri membuka auratnya. 

Sesetengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yang dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yang melibatkan kewangan yang besar, mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yang ditetapkan syarak. 

Ulama menjawab untuk kemudahan orang awam. Nak ikut, silakan. Tak nak ikut, tak mengapa. Sebagai contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab tetapi bagina tidak makan Dhab. Nak makan silakan, tak makan pun tak apa. 

Sama seperti tinggal bersama mertua, nak duduk sekali boleh, tetapi jagalah perkara-perkara yang sensitif. Nak duduk berasingan pun tak mengapa. Jawapan untuk kemudahan orang ramai. - Muhammad Naim Sulaiman | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.