'Dah Menumpang Kereta Orang, Hulurlah Duit Minyak'


Assalamualaikum. Ini kali pertama buat confession di IIUMC. So, tak tahu nak buat intro macam mana. Jadi aku straight to the point.

Aku adalah seorang pelajar tahun 4 perubatan (tahun praktikal di hospital) yang duduk menyewa di luar kampus bersama dengan 8 rakan yang lain. Jarak dari rumah ke kampus adalah lebih kurang 40 km. Jadi kalau pergi balik, ada dalam 80 km juga. 

Kami banyak menghabiskan masa di hospital. Mahu tak mahu, kena cari rumah yang berdekatan dengan hospital walaupun jauh dari kampus. Praktikal di hospital ini kena ikut group. Jadi kami yang duduk 8 orang nak terbahagi kepada dua group. Empat orang satu group, jadi kami nak gerak pergi kelas memang kena bergerak 4 orang sekali. 

Daripada 8 orang ini, ada empat yang membawa kereta. Dua group aku dan dua lagi group lain. Yang aku nak cerita ini ialah tentang group aku. 

Dalam group aku, kami selalu menumpang kereta Afi sebab kereta dia manual dan jimatlah sikit duit minyak. Tetapi baru-baru ini pula dia jatuh sakit, nak tak nak groupmate aku yang lain terpaksalah naik kereta aku (sebelum ini memang diorang yang berkeras tak nak naik aku sebab diorang kata minyak mahal. 

Aku pun tak kisahlah mereka nak naik kereta aku tetapi kalau dah naik tu, pandai-pandailah bayar duit minyak kan? Aku memang malas nak minta duit minyak dari mereka sebab setiap kali aku minta, mesti mereka akan buat muka tak puas hati. Aku pula yang rasa tak selesa. Jadi, aku pun senyaplah setiap kali mereka naik kereta aku. 

Suatu hari, aku pergi isi minyak dan bawa mereka bersama. Mereka pun hulurkan duit minyak RM10 setiap seorang, dapatlah RM20. Yang itu minggu lepas. Seperti yang aku katakan, jarak di antara rumah dengan kampus 80 km (pergi balik). Dalam seminggu paling kurang 2 kali kena pergi kampus. Sekali pergi balik, adalah RM15 duit minyak. 

Jadi daripada minggu lepas sehinggalah ke hari ini, adalah 5 kali aku pergi kampus. RM15 x 5 = RM75. Jadi, disebabkan duit aku memang tengah short, aku pun pergilah minta duit minyak dari kawan aku itu.

"Minggu lepas dah bagi duit minyak. Yang ini pun kena duit minyak lagi ke?" bebelnya sambil menghulurkan RM10. 

Masa aku aku memang sentap dengar dia berkata begitu. Aku terus hulur balik duit itu. 

"Lepas ini, tak payah bayar dah duit minyak."

Apa yang aku nak katakan di sini ialah, bayangkan yang aku ini macam sedang menanggung mereka. Mereka rasa RM10 itu cukup untuk sebulan agaknya. Padahal RM10 itu cukup untuk ulang alik kuliah dua kali sahaja. Dalam sebulan saja aku habis RM200 untuk minyak. Tetapi yang aku dapat, sebulan RM20?

Sudahlah aku bagi tumpang kereta, kalau aku nak singgah mana-mana dalam perjalanan balik, mereka marah aku kononnya aku buang masa mereka. Sampai di rumah, keluar dari kereta terus hempas pintu dengan kuat-kuat. 

"Wah! Wah! Macam kereta itu kau yang punya! Dasar manusia tak reti bersyukur!"

Bukan itu saja, mereka main cakap belakang pula. Kata aku berkira bagai, tetapi bila nak minta tolong cari aku juga. MAcam tanam tebu di tepi bibir. 

Kalau tahu diri itu tak ada kereta, tak payalah nak berkira duit minyak dengan tuan empunya kereta. Cuba bayangkan kalau memang tiada sesiapa yang nak tumpangkan kereta, naik teksilah setiap hari. Mahu lebih dari RM200 kena keluar kos bayar teksi. 

Serius aku rasa macam dah tak nak bagi mereka naik kereta aku. Naik pun bukannya nak tolong aku bayar duit minyak. Aku fikir kasihan pada mereka saja. Tetapi mereka tak pernah pun kasihan pada aku sampai kenak keluarkan duit simpanan sendiri untuk menampung duit minyak.

Sebulan, ayah bagi RM400 saja. Itulah duit makan, duit sewa rumah, duit bayar bil elektrik, bil air dan itu jugalah duit minyak. Stress bila fikir. - Cik Stress | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.