'Perabot Dalam Bilik Memang Sudah Rosak Ketika Check In' - Zambri Mat


KUCHING - Pihak pengurusan pasukan bola sepak Sukma Kedah 2016 tampil menafikan dakwaan atlet mereka telah merosakkan perabot dalam bilik yang didiami mereka di Unimas.

Kenyataan dari Pengurus Pasukan Sukma Kedah, En. Zambri Mat adalah seperti berikut:

1. Berdasarkan maklumat dari barisan jurulatih dan pemain-pemain yang menginap di UNIMAS, Samarahan, perabot-perabot dan barang-barang tersebut telah rosak ketika pasukan 'check-in' di penginapan tersebut 16 Julai lepas.

2. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada urusetia penginapan untuk makluman dan tindakan mereka.

3. Pemain-pemain yang menginap di bilik tersebut mengambil langkah menolak perabot yang rosak ke satu sudut untuk memudahkan pergerakan semasa menginap di bilik tersebut.

4. Pengurusan dan jurulatih percaya semua pemain pasukan Bolasepak Sukma Kedah mempunyai adab tatasusila, semangat kesukanan dan integriti yang tinggi dan tidak melakukan perkara sedemikian.

5. Diharapkan info ini dapat membantu menjelaskan dengan tepat hebahan negatif terhadap pasukan Bolasepak Sukma Kedah.



Sementara itu, individu yang bertanggungjawab, Haziq Kimi, telah memadamkan dakwaan pertama itu dan memuat naik kenyataan memohon maaf. 

Sesiapa yang ada screentshot atau simpan gambar yang dipost malam tadi (berkenaan pasukan bola sepak Kedah), mohon delete dan jangan repost lagi sebab tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah pihak atasan saja yang uruskan dan tindakan. Saya tidak mahu cerita ditokok tambah. Setiap manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Maaf atas salah silap," katanya. 

Menjawab pertanyaan rakannya Nur Fatmadewi Abdullah, apakah benar dakwaan yang sebelum ini, Haziq menegaskan bahawa dia yang bertugas pada ketika itu, pergi ke bilik berkenaan selepas penghuninya 'check out'. 

"Malam itu, pihak bahagian keselamatan juga turut ada bersama. Takkan saya nak menipu? Cuma buat masa ini saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan sebab bimbang ramai yang menokok nambah cerita," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.