'Dari Dulu Sehinggalah Berkeluarga, Aku Masih Dengan Orang Yang Sama'


Kau takkan pernah sangka siapa yang akan datang dalam hidup kau, siapa jodoh kau, dengan siapa kau akan habiskan masa kau sampai ke hari tua nanti. Aku jumpa dengan ramai orang, semuanya hanya jadi kawan aku di usia remaja. 

Aku nak cerita, aku kenali dengan isteri aku 8 tahun. Dari dia Tingkatan 2 dan kini dia sudah berusia 20 tahun dan aku pula berusia 22 tahun. Aku tak pernah menyangka, dalam ramai-ramai perempuan yang ada dalam dunia ini, dialah perempuan yang paling lama aku kenal and kekal dari zaman bercinta, susah senang bersama, tempuh pelbagai dugaan sehinggalah aku sah jadikan dia yang halal. 

Sehingga ke hari ini, kenangan dengan wife terlalu banyak. Sepanjang alam perkahwinan, kami dikurniakan anak pertama dan sekarang sedang menunggu kelahiran anak kedua. Aku tak pernah menyangka hubungan yang lama sebagai kawan akhirnya kami mendirikan rumah tangga bersama.

"Alhamdulillah, syukur.."

Kepada awak semua, selagi boleh pertahankan cinta itu, cubalah pertahankan. Walaupun jodoh itu rahsia Allah, cuba pertahankan dan berdoa. Manalah tahu orang yang bersama kau sekarang adalah jodoh kau. Alhamdulillah dari dulu sampailah aku sudah berkeluarga, aku masih dengan orang yang sama, iaitu isteri aku, bidadari duniawiku. - Haziq Reff | PIXEL MEDIA 

No comments

Powered by Blogger.