"Duit Tak Cukup Tak Payah Kahwin!"


9 JULAI 2016, 4:28 PM

Aku bukan nak mengaibkan orang atau burukkan mana-mana pihak, hanya berkongsi perasaan yang pahit, pedih dan sakit. Sakit sangat-sangat. Inilah cara aku meluahkan perasaan dan berkongsi. Yang mana terasa itu, aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Ini luahan yang terakhir, yang selebihnya biarlah aku pendam sendiri. 

Pada hari perkahwinan Kuza 8 Julai 2016

Apa-apa yang berlaku, aku nekad mati untuk hadir ke Majlis Perkahwinan Kuza. AKu tidak kisah apa yang bakal berlaku nanti. Aku ingin berjumpa dengan dia buat kali yang terakhir. 

Pada jam 5 petang, aku pergi ke rumah Kuza dengan menaiki motosikal. Parking di depan tangga rumah dia dan memberi salam. Aku terus naik ke atas rumah Kuza dan bersalaman dengan ayah dan keluarga Kuza. Dengan kehadiran aku, ada yang bertanya aku dari mana, siapa beritahu. 

"Abah, kita mari ini bukan nak buat masalah atau apa-apa. Kito mari ni nak ucap tahniah dan selamat pengantin baru," jelas aku pada ayahnya. 

Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya tenang dan baik-baik sahaja. 

Aku berjumpa dengan suami Kuza, aku salam sambil berpelukan. 

"Jago Kuza molek, selamat pengantin baru. Tahniah" kataku. 

"Mana tahu?" soal Kuza dari jauh sambil senyum. 

Ya Allah, hancur dan sakitnya hati aku. Aku bersalam dengan keluarganya dan terus balik. Aku naik motosikal aku dan menangis tanpa suara. Sebaknya di dada. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada saat itu. Aku hanya mampu bersabar dan pasrah. Redha itu amat menyakitkan.


BAKAR BAJU PENGANTIN

Aku terpaksa bakar baju pengantin ini. AKu terpaksa hancurkan cicin ini agar tiada lagi kenangan untuk diingati. Aku tidak kuat untuk menempuhi semua ini. Beratnya DugaanMu Ya Allah. 

Baju ini aku tempah 2 bulan sebelum melangsungkan perkahwinan dan tiga minggu dari tarikh perkahwinan. AKu nak batalkan baju ini sebab kami tak jadi kahwin. Tunda ke raya Cina kelak. Tetapi tuakng jahit kata tak boleh batalkan sebab seluar sudah siap dan aku beritahu tak mengapa dan teruskan jahit. 


Baju ini aku buat raya selama 3 hari 2 malam. Tidur pun aku pakai baju ini. Mana-mana aku pergi, pakai baju ini untuk beraya. Hari ini aku terpaksa hapuskan/bakar, air mataku mengalir tanpa suara. Betapa sakitnya, pedihnya orang yang kita sayng, ikhlas, jaga seperti nyawa sendiri. 

9 tahun bukan senang nak jaga hubungan. Semua dugaan, jalan berliku, susah sekali pun aku tempuhi berseorang dan walaupun sikit aku tidak melibatkan keluarga aku dalam apa jua masalah. Malah, masalah pertunangan pun aku selesaikan seorang diri tanpa melibatkan keluarga aku. Hanya aku seorang menempuhi onak duri, maki hamun oleh keluarga cik tunang, Aku hanya mampu bersabar dan diam itulah yang terbaik untuk aku. 


SUSAH SENANG BERSAMA

Kuza kerja di Smart Pandan bergaji RM1,200. Kerja Kuza ini pun aku yagn tolong carikan dan banyak tempat lagi. Kami cari bersama-sama, hantar resume tetapi rezeki kerja di tempat penghantaran duit di Smart Pandan Johor.  Aku dah lupa nama kedai itu. 

Aku suruh Kuza berhenti kerja pada bulan Mei dan suruh balik kampung untuk urus Sisa dan Kad Mado (Kad Jemputan). Selepas berhenti, Kuza balik ke kampung. Beberapa minggu kemudian aku tak jadi kahwin pada bulan puasa. Terpaksa ditunda ke raya Cina. 


Dia berhenti kerja, Kuza marah aku dan menyalahkan aku. Gara-gara nak uruskan perkahwinan satu bulan setengah lagi, dia rela berhenti kerja yang dia sayang semata-mata nak uruskan majlis ini. Tetapi Kuza lupa yang kerja ini pun aku yang tolong dia carikan. 

Waktu aku tak kerja, aku cuti, waktu Kuza pergi dan balik kerja. Kadang-kadang setiap pagi atau tengah hari atau malam aku yang ambil dan hantar Kuza juga. Setiap bulan atau hujung bulan bila Kuza tiada duit untuk belanja, aku beri walaupun sikit. Sebab aku tengah berjimat menyimpan duit untuk kahwin. Aku tak boleh bagi macam selalu. Aku bagi duit aku sebab aku tak nak tengok dia sakit. Nak suruh dia makan, sihat itu dah mencukupi. Duit boleh dicari tetapi kesihatan tak boleh dibeli. 

Benda yang aku bagi, semua aku tak pernah ungkit dan minta balasan. Inilah pengorbanan aku susah senang tetap bersama dia. Namun semuanya tidak dihargai. Malah dicaci oleh orang yang ku sayang yang ku puja selama ini.

4:48 PM

Aku menerima panggilan dari keluarga bekas tunang. Mereka ugut nak pukul aku.

"Kalau aku jumpa kau, mampos kau!" kata abangnya sebab gambar adiknya tersebar. 

Menurut abangnya, Kuza telah membuat laporan polis mengenai status aku pada jam 4.28 petang itu. 

"Kau tunggu polis datang ambik kau! Duit tak cukup, tak payah kahwin/nikah! Kuza tak ada duit, tak payah dok tanggung" kata abangnya yang juga mengarahkan aku pergi ke rumahnya malam ini sebab nak tanya banyak benda. 

Bagi aku, tak perlu pergi sebab sudah selesai. Ini Facebook aku dan hak aku. Inilah cara aku meluahkan perasaan dan berkongsi. Aku bukan nak mengaibkan mana-mana pihak. Sebab apa-apa masalah aku tak pernah cerita pada keluarga aku kerana tidak mahu mereka risau. Kadang-kadang aku pendam saja. - Mohd Azizi | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.