'Duit Tinggal RM30, Camne Nak Balik?'


Teringat cerita lama yang aku rasa agak sadis jugalah dalam hidup aku ini. Tetapi aku nak ceritalah, mungkin ada pengajaran di sebaliknya untuk mereka yang membacanya. 

Kisahnya semasa di penghujung sem di UTM Skudai, aku antara student yang lambat balik. Saja aku beli tiket bas lambat selepas ramai yang dah balik. Biasalah, hujung sem memang susah sikit nak dapat tiket last minute. Sebenarnya itu antara sebab aku dapat tiket lambat. Hehe!

Tiket bas Transnasional JB-Klang aku dijadualkan bertolak pada jam 12 malam. Naik dari Skudai, di stesen minyak Shell. Lebih kurang 20 minit sebelum bas sampai, aku dah siap-siap tunggu di jejantas. Aku bawa banyak barang nak balik, cuti kan. Dressing seperti biasa, aku pakai jaket sebab tak tahan dengan penghawa dingin bas yang sejuk. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Aku pakai cap seperti biasa, stylo. 

Disebabkan musim cuti ini, banyak bas di situ. Berderet bas munggu di sebelah tepi jalan sebelum stesen Shell itu. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai-sampai. Aku dah mundar-mandirlah tengok belah-belah sana agaknya bas itu tunggu. Tetapi hampa, tiada juga. Aku dah mula risau. Dah lewat 30 minit dari waktu yang dijadualkan, masih tak muncul juga bas yang dinanti-natikan. 

"Nak cuti ni, jalan pun sesak. Bas lambatlah agaknya," aku cuba sedapkan hati ini. 

Memang, kadang-kadang bas sampai lambat sikit kalau jem. Lebih-lebih lagi kalau hari Jumaat petang. Walaupun waktu itu malam, masih juga aku nak sedapkan hati ini. Hahaha!

DISERBU & DIGARI 2 LELAKI

Tiba-tiba datang dua lelaki dari belakang menyerbu dan tarik baju aku dengan kasar. Tangan aku ditarik ke belakang dan digari. Gari woi! Gila mana tak terkejut aku?! Masa itu, black belt calit 2 Teakwando aku pun hilang entah kemana. Haha! Biasalah, tiba-tiba kan, mana ready nak pertahankan diri. 

Dua lelaki itu baw aku pergi ke sudut belakang stesen Shell itu, jauh dari orang dan gelap. Dia suruh aku duduk di tepi itu. Sekali tengok, macam bukan polis sebab tak pakai uniform. Mungkin 'mata-mata' agaknya. Fine. Mereka soal aku macam-macam. 

"Kau buat apa di sini?!" 

Aku jawablah yang aku student dan nak balik kampung sambil menunjukkan barang aku yang banyak diletakkan di jejantas itu. 

Malangnya mereka tidak percaya. Kurang asam! Dia raba poket seluar dan cari handphone. Dia check mesej aku dan miss call nombor dia. Tidak lama kemudian, dia buka gari dan lepaskan aku. Aku agak dia dah ada orang dah yang dia nak target itu. Tetapi malangnya bukan aku. 

"Kau masuk kandang aku," selamba saja dia cakap dekat aku sambil menunjukkan kad dia kononnya nak tunjuk dia polis. 

Sudahlah gelap, tak nampak apa-apa dan aku tengah keliru, manalah aku boleh berfikiran waras nak check dia polis ke apa. Aku hanya fikir nak balik saja pada masa itu. Dalam hati aku menyumpah seranah dua lelaki itu. Sakit aku dibuatnya. Cepat-cepat aku blah, pergi ke tempat menunggu bas tadi.

Selepas aku, ada pula lelaki yang lain kena gari juga. Kurang asam betul dua lelaki itu, main cekup orang saja. Kasihan pula lelaki itu kena seperti aku. Orang lain tengok saja, malu wei! Macam itulah agaknya orang lain tengok aku tadi. Hahaha!

"MAAF ENCIK, BAS DAH LEPAS SKUDAI" - KAUNTER

Malas nak fikir dah, aku tunggu juga bas aku. Tunggu punya tunggu, tengok jam dah berjam-jam sudah. Jauh terlajak begini aku rasa bas memang takkan datang. Aku call kaunter bas di Larkin dan tanya tentang bas aku. Dia kata bas aku dah lepas Skudai. Hmm.. Menyumpah lagi aku dalam hati. 

Haha! Jangan kecam aku, masa itu memang tak ingat dah nak istighfar semua. Memang layan saja hati yang pedih itu. Syaitan banyak. Hahaha! 

Selepas call kaunter bas, ingat nak call parent di rumah untuk beritahu keadaan aku. Tetapi kredit habis pula. Adui! Check wallet, alamak, tinggal RM30 saja. Macam mana nak balik ni? Tetapi chill, sebab dah biasa independent. Aku tawakal saja nak tahan mana-mana bas yang nak balik Klang. Itu pun kalau adalah.

MASIH ADA HARAPAN...

Punya lama aku di situ sampai tinggal seorang dua saja yang menunggu bas. Aku pun tanyalah salah seorang lelaki, dia nak balik ke mana. Dia jawab, "Klang,". Yes!! Masih ada harapan, ada harapan. Haha! Nampak sudah cahya di situ. 

Tanya pula berapa tiket bas, dia jawab RM35. Aduh! Short RM5 pula. Mana aku nak cari ni? Masa itu pemalu lagi, aku tak naklah pinjam duit orang. Nak buat macam mana, aku pun ceritalah kisah aku tadi pada dia tetapi tak cerita tentang duit short itu. Dia pun agaknya kasihan pada aku. Aku minta dia tanyakan driver bas itu kalau masih ada seat kosong. 

Bas dia pun sampai, dia naik bas itu dan terus jumpa driver. Tiba-tiba dia turun balik dari bas dan cakap ada satu seat kosong. 

"Alhamdulillah, boleh balik ni," getusku dalam hati. 

Selepas cakap terima kasih pada lelaki itu, aku cepat-cepat naik bas jumpa driver itu. 

"Bang, tiket berapa bang?" dalam hati risau, jantung berdupdap dibuatnya.

"Kira RM30 sajalah," jawab pemandu itu. 

"Alhamdulillah!" menjerit dalam hati.

Rezeki di kala susah weh! Syukur, lupa terus kepedihan di hati ini. Cepat-cepat aku bayar habis, kosong wallet aku. Aku angkat barnag semua naik bas dan cari seat kosong. Dalam hati tak putus-putus panjatkan syukur. 

MELANGUK DI STESEN BAS KLANG

Sepanjang perjalanan itu aku tak berhenti-henti mengimbas kembali kisah tadi. Rasa geram, sakit hati, semua ada. Selepas itu aku fikir, "Eh? Kredit dah habis macam mana nak call parent aku minta mereka ambil aku di stesen bas Klang?". Bertawakal lagilah aku nampaknya. 

Lebih kurang jam 6 pagi aku sampai di stesen bas Klang. Melanguk sajalah aku dekat situ dengan harapan parent aku datang. Tiba-tiba memang datang  betul. Mereka pun agak-agak saja aku sampai jam berapa sebab aku dha beritahu yang tiket bas aku bertolak tengah malam. Pandai-pandailah tunggu di situ. Haha! 

Selepas sembahyang Subuh di surat, terus balik ke rumah. Tamat ceritanya.

PAHALA DAN BALASAN BERBUAT BAIK PADA ORANG LAIN

Ayah selalu cakap pada aku,

"Fath, kalau ada orang datang dekat pada kita meminta derma ke, duit ke, kalau kita mampu bagi, kita bagilah berapa yang mampu. Jangan kita fikir sangat dia nak guna duit itu untuk apa selepas itu. Orang itu baik ke, orang itu tak baik ke, jangan fikir. Dia nak guna duit itu atas jalan kebaikan atau keburukan, itu antara dia dengan Tuhan. Yang penting kita dapat pahala sebab sudah membantu."

Sedikit sebanyak kata-kata itu mendorong aku untuk buat mana yang termampu. Aku fikir, mungkin ini antara sebab Tuhan membantu aku bila aku benar-benar terdesak dan susah. Kan? Kita tidak tahu bila kita akan ditimpa musibah. Jadi, jika kita nampak orang lain dalam kesusahan, bantulah mereka mana yang termampu untuk meringankan beban mereka. Mana tahu, satu hari nanti, orang itu yang akan membantu kita di kala kita susah. - Fathul Rahman Misbah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.