'First Time Anak Aku Boleh Hidup Tanpa Internet, Tablet atau TV'


Entah kenapa ketika aku balik rumah emak kelmarin, televisyen tak boleh turn on. Internet pula tiada connection. Habislah! Gerenti mati kutu anak aku. Laptop, TV, tablet semua macam cacat fungsi. Aku sudah terbayangkan yang anak-anak aku akan tarik muka panjang berpintal. Boring. 

Last-last, semua duduk di sofa, pandang satu sama lain. Habis ikhtiar, tiada bercakap apa. Moment yang sangat jarang aku tengok. Rare. 

Yang kakak bangun mencari sesuatu di celah rak. Nampak buku dan mula membaca. Yang abang, entah dari celah mana jumpa lighter pula. Ya Tuhan! Dia bakar tisu meja, selepas itu ambil ayam lebihan sahur dan panggang. Aku biarkan saja. Yang adik, jumpa kayu. Ajak main pedang, gusti, karate, tendang bola. 

Tiba-tiba semua menjadi sibuk buat hal sendiri. Selepas maghrib, aku tengok mereka dah mula tumbang, tidur awal. Yang kakak pula, pergi tarawih di surau mengikut opahnya. Ohoi! Sejuk hati aku. 

First time aku rasa mereka boleh hidup tanpa internet, tablet atau TV. Dan sekarang aku sudah ada trick rahsia. Jangan beritahu anak-anak ye. 

1, Aku padamkan internet untuk beberapa hari. Buat bermacam-macam alasan, internet kena potonglah, kabel hilanglah, rosaklah. Selepas itu aku on baliklah. Risiko orang tua pula yang meroyan pun ada.

2. Kalau tiada internet, mesti layan kartun. Jadi, aku buat benda yang sama dengan TV. Lock channel atau limit subscription. Channel yang ada hanyalah Berita Jam 10 dan Dokumentari. 

3. Kena keluar dari rumah. Pergi camping atau panjat bukit. Biar berpeluh, biar tiada coverage handphne lagi bagus. Aku bawa mereka pergi pejabat tanah haritu, anak aku main kejar-kejar depan kaunter. Gasak!

4. Aku layan cuci tangga dan basuh rumah. Kau suruh anak pancut air, tabur sabun dan sental. 5 minit kemudian, kau tengok anak kau dah tukar lantai jadi gelanggang skating dan mandi bawah tangga. 

5. Selalu present dalam hidup anak. Not only exist, tapi participate. Ambil bahagian, layanlah anak main kuda, pedang dan jawab semua soalan dia macam orang dewasa. 

Tetapi serius memang rasa penat. Lagi senang kalau bagi gajet. Selepas itu buat hal sendiri. Tulang belakang aku macam tak boleh lurus, lenguh tongkeng. Aku pun tak tahu mana tenaga diorang dapat. Ke aku dah semakin tua? 

Tetapi berbaloi. Bila teringat masa kecil dulu, semua benda gajet ini belum wujud lagi. Tetapi hidup kita gembira, rasa lebih bermakna. Bahagia saja, lebih caring. Atau mungkin kita lupa kadang-kadang kita peru ada masa untuk 'divert' seketika.

Banyak saja yang kita tengok keluarga duduk satu rumah tetapi semua tak ramah. Kita dok control anak main gajet tetapi kita pun sibuk update status. Macam mana? Bak kata iklan, 'Disconnect to reconnect'. - Irwan Dahnil | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.