Inilah Satu-Satunya Manusia Yang Sangat Beradab Bila Berhutang


Satu-satunya manusia yang sangat beradab bila berhutang. Dia janji akan bayar paling sikit RM300 sebulan. Tetapi bila dia ada duit lebih, dia bayar banyak sikit. Bila dia tak boleh nak bayar, dia akan call atau WhatsApp minta maaf sebab tak boleh nak bayar. 

"Salam, maaf. Saya tak dapat nak bayar bulan ini sebab saya perlukan duit untuk..." (contoh sahaja)

Orang seperti ini, lain kali kalau kita nak pinjamkan duit pada dia pun kita takkan ragu-ragu nak beri. Sebab kita dah tahu perangai dia macam mana. 

Tetapi, orang seperti ini hanya ada satu dalam sejuta. Yang biasa kita dapat, dia hutang duit kita, tetapi dia buat macam kita pula yang berhutang dengan dia! 

Saya pun tak sangka dia akan bayar pada masa nak raya ini sebab biasanya, kalau orang lain, semua duit dilicinkan untuk bergaya walaupun hutang panjang berjela. Tetapi dia ini, bila ada duit lebih, dia memilih untuk membayar hutangnya terlebih dulu dan berayalah dia secara sederhana. 

Sila bayar hutang lapuk sebelum nyawa dicabut. Dipersilakan sentap wahai si kaki berhutang. - Nur Farina Abdullah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.